Wednesday, December 24, 2008

Suatu hari aku berdiri di satu jalan yang lurus dan tidak ada sedikit pun bengkoknya tapi malangnya ia amat jauh, mataku memandang tepat ke hadapan. Hati ku terasa amat bahagia ketika itu, bibirku tersenyum bak sekuntum bunga yang mekar. Memang aku nampak, wah ! indahnya tempat itu yang tak dapat aku bayangkan. Aku ingin benar sampai ke tempat itu sehinggakan waktu itu aku terlena seketika melihat tempat itu. Sebenarnya aku tidak memandang ke arah sesuatu yang ada ditengah-tengah perjalananku jika aku ingin mencapai ke sana. Jika aku menatap ditengah perjalananku itu, aku tidak akan mampu untuk menghadapinya. Astaghfirullahala’zim, hebat sungguh cabaran itu! Tapi kenapa aku ingin juga melangkah ke tempat indah itu? Kerana aku nampak di sana tercipta impianku. Betul kah itu matlamatku? Belum tentu aku sampai kerana di perjalanannya aku bukan seorang yang tabah untuk menempuh onak dan duri yang sungguh tajam. Ketika itu aku terduduk dan menangis… kenapa aku menangis? Tersentak dek lamunan itu. Aku memandang lagi. Sekali lagi hati ku memujuk dan memberitahu aku yakin untuk sampai ke tempat itu. Sekali lagi aku tersenyum sendiri.

Hati kecil ini berkata dengan penuh tekad dan azam baru “aku akan sampai ke sana”. Aku pun mencuba untuk melalui jalan itu dengan langkah demi langkah yang agak kabur. Sebenarnya aku tidak yakin dengan kata-kata hati kecilku ini walaupun ia berkata benar. Tapi aku pergi juga akhirnya dengan perasaan yang ragu-ragu kerana hati sentiasa melihat kehadapan.
Dalam perjalanan itu aku melihat begitu banyak cabaran. Ini bukan calang-calang cabaran, ini cabaran yang hebat sekali. Hati yang tekad tadi berubah kerana takut dengan cabaran yang akan menimpa diri ini. Tapi aku mahu ke sana. Hebatnya cabaran itu, hebat lagi hatiku memujuk diriku supaya meneruskan perjalanan. Maka bermulalah perjuangan aku ini. Aku berperang dengan semua kesusahan dan kepayahan. Dalam aku melawan semua godaan itu, terkadang aku menangis sehingga aku tidak mampu untuk menahannya dan terkadang aku sudah putus asa dengan rintangan itu. Ya Allah hebatnya cubaan itu. Letih sungguh aku menanggungnya. Ketika itu aku jatuh dan ketika itu juga tiada siapa ingin menolong aku bahkan memandang pun tiada kerana semua orang tahu inilah yang aku cari selama ini. Dalam aku menangis hatiku bersamaku ketika itu. Kentalnya hatiku dan memberitahuku agar aku bangun dan terus berjalan walaupun payah untuk di harungi.

Disaat aku bangun dan berdiri aku memandang lagi ke hadapan. Wah makin hebat tempat itu ! aku tersenyum lagi tapi senyuman kali ini hambar bukan senyuman seperti biasa. Aku terasa diri ini tidak mampu lagi untuk kesana kerana aku melihat ditengah-tengah perjalanan itu. Aku menjerit sekuat hati “aku tak sanggup lagi….!”. seperti biasa aku dipujuk oleh hati kecil ini. Aku bangun dan berjalan lagi. Kini bukan ujian yang menyakitkan, tapi kali ini ujian yang sangat bahagia. Sampai disaat ini aku lupa siapa aku. Aku terlalu asyik dengan ujian itu.
bersambung.....

2013 sehingga 2019

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...