Friday, July 24, 2009

percubaan puisi....

CINTA DAN AIR MATA

Dulu
Aku merangkul cinta ke pelukanku
Saat itu
Kurasakan hidupku bagaikan syurga
Aku garapkan beribu kenangan indah
Tiap saat aku tadahkan kebahagiaan
Aku larut dalam leka cinta

Tetapi
Kenapa bibirku acap memenyebut tinggalkan cinta?
Adakah cinta yang aku rangkul selama ini hanya bayang-bayang?
Cinta,
Jangan tinggalkan aku bersama air mata
Walaupun aku tahu
Air mata itu fitrah bagi ku
Tetapi tidak bermakna air mata adalah temanku
Selamanya…
Cinta aku rindu waktu dulu
Tidak ada guru yang mengajarku rindu;
Tidak juga pernah aku duduk dibangku untuk mempelajari rindu
Tetapi aku belajar darimu erti rindu

Kenapa kau datang cinta?
Aku tidak pernah pinta kehadiranmu
Jika aku tahu engkau akan pulang…
Pulang yang tidak pernah hadir lagi

Cinta,
Aku mengharapkan kebahagiaan yang kau bawa
Kekal dalam pelukanku
Tapi anggapanku salah
Aku salah…
Hakikatnya kau menipu cinta
Kau datang dengan kebahagiaan palsu
Namun aku tadah dengan pasrah
Kau tidak pernah membawaku bersama mimpimu
Tetapi kau lemparkan aku di awangan tanpa noktah
Hari ini, benarlah mutiara suci temanku
Benarlah ini permainan cinta manusia.

Namun
Aku percaya abstrak cinta yang Esa
Kerana cintaNya segala-gala bagi ku
Hanya diriMu selamanya dihatiku…


Nukilan: effazain
Kolej kelima, upm serdang.



ERTI PENGORBANAN DALAM HIDUP

Dalam perjalanan sebuah pengorbanan
Sungguh tidak dapat aku bayangkan jeritan hatiku
Meronta pabila aku melalui duri yang sungguh tajam
Jerihnya tika itu menanggung pedih luka itu
Tiada siapa yang tahu…

Sedang aku asyik dengan lamunan mimpi ngeri
Aku terpana dengan keasyikan yang aku tatap
Saat itu bibirku mula menebarkan senyuman pengubat hati
dihadapanku
Kebahagiaan pengganti azab
Aku taajub dengan kebahagiaan itu
Dan aku lupa, aku leka

Tika itu,
Aku akur dengan semua telunjuk kebahagian
Yang telah lama ku tunggu
sehingga
Aku rebah tersungkur dibumi nyata
Masih aku tidak sedar
Aku dalam angan-angan palsu

Hakikatnya
Aku tewas dengan ujian yang Esa
Satu persatu mutiara penyesalan menyembah bumi
Hati kecilku meronta
Aku ingin pulang ke pangkal jalan…
Tetapi bagaimana?
Perlahan-lahan
Aku cuba memandang ke belakang
Saat itu
Sekali lagi aku rebah di lapangan indah bumiMU
Aku teresak mengenang kakhilafan semalam
Dalam muhasabah yang panjang
Aku tekad dengan hati.

Nukilan oleh : effazain,
02 april 2009,
kolej kelima upm serdang




Aku, Engkau dan DIA

Saat aku tersedar dari lena itu,
Aku bingkas dengan amat payah,
Aku tahu ini semua angkara engkau yang memujukku,
Engkau yang selalu berada disisiku,
Engkau yang selalu menghampakan harapanku untuk bertemu DIA,
Namun,
Aku selalu mengharap pertemuan dengan DIA setiap malam-malam ku,

Setiap malam DIA lirih menantiku,
Tapi aku leka dengan nikmat yang sementara,
Namun,
DIA tetap setia menunggu ku di saat daun-daun mula sujud,
aku ghairah menadah nikmat pemberian DIA,
yang tidak berkesudahan
yang membuat aku menyesal di hari pembalasan

DIA membiarkan aku dengan duniaku
Aku mula terkurung dalam kantung dosa
Aku mencuba sesuatu yang membuatkan aku adalah insan hina

Aku merenung kembali kamar sepiku
Dimana destinasiku selepas perjalanan ini?
Moga aku menjadi insan terpilih selepas taubatku..
Moga aku mengerti perjalanan seorang insan bukan mainan untuk aku persiakan…


p/s: semua puisi ini adalah ciptaan sendiri dan tidak meniru mana-mana puisi yang telah ada. puisi ini juga adalah puisi yang pertama yang aku hantar kepada sasterawan negara Lim Swee Tin=)

Thursday, July 23, 2009

PERJUANGANKU...



16/07/2009, jam 15.30 pm berakhirlah perjuanganku di Universiti Darul Iman Malaysia... aku dicanang dan dididik dengan baik agar aku menjadi seorang pejuang bahasa. Alhamdulillah, setelah 3 tahun aku bertungkus lumus untuk mendapatkan ilmu itu, saat ini aku berjaya meraih kejayaan... segala halangan dan ujian ku tempuh dengan sabar dan redha... tapi sayangnya hari ini ibuku tidak dapat bersama-sama aku kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, namun aku tidak simpan semua ini dalam hati, aku tahu ibuku faham perasaanku dan memberitahuku dengan hati-hati dalam kata-katanya... saat aku lihat ibu sahabat-sahabatku di bangku, setitis air mataku gugur, aku tidak jemput sebutir air mata itu, tapi ia datang dengan tidak sengaja... walau bagaimanapun, segalanya berjalan dengan lancar, aku gembira bersama sahabat-sahabatku walau tanpa ibu dan keluargaku... insyaallah aku akan menunggu saat meraih kejayaan untuk ijazah sarjana muda pada tahun 2011 nanti...

2013 sehingga 2019

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...