Tuesday, November 29, 2011

di kala mutiara berguguran...



Dengan nama Allah aku menulis dan meluahkan rasa hati…


Hanya dengan namaMU aku berpegang teguh dengan ajaran agamaMu…


Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad saw serta para sahabat sekalian…


Bagaimana untuk aku ungkapkan betapa aku ini seorang


yang kerdil, sehingga aku terduduk menahan sebak di dada. Aku juga merasa payah bagaimana untuk aku memulakan isi hatiku yang sering kali bermain di mindaku sehingga aku tewas dengannya… MasyaAllah, hebatnya ujianMu ya Allah…


Seorang pensyarahku pernah mengingatkan aku sewaktu dia terlihat mataku yang kemerah-merahan akibat terlalu kuat menangis, “jika kamu rasa dengan menangis kamu akan dapat menenangkan dirimu, menangislah!, jangan kamu hiraukan orang disekeliling yang tidak tahu apa yang tersirat di hati kita”. Sebenarnya, apa yang kita rasa, kita tidak dapat luahkan sepenuhnya kepada orang-orang disekeliling kita… percayalah! Hanya Allah dan diri kita sendiri yang tahu apa yang terbungkam di hati.


Ya Allah, jika ujian ini dapat menghapuskan segala dosaku, aku redha, berilah aku ketenangan dan kekuatan untuk aku menghadapinya dengan tenang dan sabar.


Aku di uji dengan kegagalan dalam mengecapi cita-citaku. Sungguh! Aku tewas dengan ujian kali ini. Ini merupakan ujian ke2 yang pernah aku rasa terlalu berat buat aku. Sebelum ini aku di uji dengan cara yang berbeza. Waktu itu aku masih belajar, aku tidak tahu apa salah aku dengan seorang kawanku, sedangkan aku jarang sekali berkawan dengannya, tapi dia sanggup sebarkan cerita tentang aku sehingga satu kelas aku tahu tentang aku. apa yang di ceritakannya hanya rekaan semata-semata sehingga semua orang dalam kelas pandang serong pada aku, sedangkan aku tidak tahu tentang hal ini. Astaghfirullah… tapi akhirnya Alhamdulillah, dia sendiri datang minta maaf dengan aku. harap-harap dia tidak mengulangi lagi pada orang lain.


Cita-cita yang tinggi salah satu impian untuk kita bangkit menjadi seorang yang berani. Adakah betul fakta aku??? mungkin ada yang bersetuju dan mungkin tidak. Aku mengharapkan cita-citaku kali ini tercapai, aku ingin merubah kehidupan aku yang dulunya orang yang sederhana (bukan untuk menjadi kaya) hanya untuk berubah kepada yang lebih baik. Jika aku berjaya dalam impianku kali ini, Alhamdulillah, ia akan berubah menjadi lebih baik. Tetapi mungkin ini ujian Allah untuk aku lebih kuat berusaha. Ya!!! Berusaha.


Sewaktu aku mendapat berita aku gagal, tiada siapa yang menemani, semua orang kata aku mudah menangis. Aku tak kisah, aku dan dia berbeza. Dia bukan aku, dan aku bukan dia. Jadi, aku akan pujuk hati aku sehingga hati aku benar-benar tenang. Aku tidak mengharapkan sesiapa untuk berdamping denganku supaya dapat memberi kata-kata semangat. Aku juga ada prinsip hidup yang tersendiri. Jadi, aku harus kuat untuk bangun.


Ya!!! Memang aku seorang yang mudah menangis, fakta ini akan membuatkan orang “menyampah”. Biarkan orang menyampah dengan kita, asalkan kita tidak menagis tersedu sedan depan dia. Aku tahu, inilah kelemahanku.


Tatkala aku memohon ketenangan dari Allah, waktu itu jugalah air mata aku tidak henti-henti keluar. Aku tak dapat menahan, dan aku bukan paksa. Hanya tikar sejadah dan telekung solat menjadi temanku.


Selepas aku puas bersahabat dengan air mata, aku akan bangkit untuk berjuang untuk kali ke2. Aku seorang islam, dalam islam tidak ada istilah putus asa. Allah tidak suka pada hamba yang berputus asa. Dengan kekuatan yang Allah campakkan untukku, aku bangun kembali…


Aku menangis tidak bermakna aku tewas dengan apa yang menimpaku, tetapi aku menangis mengenangkan khilafku dengan Allah, ibu bapa, dan orang di sekeliling, mungkin, aku juga tidak pasti…


Maafkan aku seandainya aku bersalah…


Aku akan berusaha…


29 november 2011

2013 sehingga 2019

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...