Friday, February 10, 2012

Ya Allah…saat aku mula menerima dia dalam hidupku, mengapa ujian datang menyapa membuat aku ragu pada dia, membuat aku jadi benci pada dia. Seandainya aku tahu ini semua yang mengelilingiku, aku akan lari secepat mungkin, kerana aku tahu semua ini sakit untuk aku tanggung…

Ya Allah, andai ini yang membuatkan aku lebih dekat dengannya untuk aku bermujahadah kejalanMU, aku terima Ya Allah…

Namun, kadang kala aku tewas, aku lemah, aku rebah sendiri dengan apa yang berlaku.

Ya Allah, jika telah kau pilih dia untukku, dekatkanlah dan satukanlah hatinya dengan hatiku dalam mahabbahMU,, jika dia bukan diciptakan untukku, tenangkanlah hati ku dan biarlah aku redha dengan semuanya.

Ya Allah, ujian yang kau berikan amat berat untuk aku pikul, tapi aku tahu engkau tidak pernah bebankan aku dengan ujian yang tidak dapat aku tanggung. Aku tahu, walaupun ujian ini berat, namun engkau tahu kekuatan hambaMU…

Ya Rahman Ya Rahim… dekatkan lah dia dengan ku andai dia tertulis di luh mahfuzMU, satukanlah kami dalam mahabbahMu, permudahkanlah segala2nya…

Aku redha dengan apa yang engkau tetapkan untukku…

Amiinnn…

Sunday, February 5, 2012

istikharah cinta

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta