Friday, December 23, 2011

Hidup adalah memilih, namun untuk memilih dengan baik, aku harus tahu siapa aku dan apa yang Aku perjuangkan, ke mana aku ingin pergi dan mengapa aku ingin sampai di sana.

sebenarnya sangatlah mudah menjadi Bahagia. Kebahagiaan akan datang saat kita memaafkan diri kita sendiri, memaafkan orang lain, dan hidup dengan penuh rasa syukur. Tidak pernah ada orang egois dan tidak tahu berterima kasih mampu merasakan bahagia, bahkan membuat orang lain bahagia.

"Hidup ini memberi, bukan meminta”

masalah… Jangan terlemahkan oleh angin permasalahn. Lihatlah layang-layang mampu terbang tinggi karana berani melawan angin.


Jika aku melalui hidup aku tanpa masalah, ketahuilah, aku melewatkan masa terindah hidupku.

Benarlah kata orang,
melepaskan orang yang di cintai jauh lebih sulit dibanding menerima cinta yang baru bagi hati kita.

bahkan, matahari yang sebesar itu pun perlukan bulan untuk bisa menerangi setiap sudut bumi...

sekian...

Mengapa kita harus merendah-rendahkan diri, sedangkan kita tidak pernah berusaha untuk mengubah kelemahan pada diri.

Cukuplah sekali muhasabah tentang kelemahan diri dan berusahalah untuk mengubah sekadar yang mampu…

sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Terima kasih Allah…

Thursday, December 8, 2011

ding dong... komennya...

Menangislah…

Kita biasa gagal,

Kita biasa terluka,

Kita biasa kecewa,

Dan, kita pasti menangis

Kerana kita manusia.

Di sebalik kepahitan

Tersembunyinya hikmah

Yang menjadi pengajaran…


07/12/2011 22:31

ding dong... dia berkata lagi... :-)

Bila ku pejamkan mata

Ku angankan pelbagai keindahan,

Dan, bila ku bukakan mata

Aku takut untuk melangkah,

Kerana aku tahu,

Hidup ini sukar untuk ku lalui.

Disana seakan-akan ada

Kerikil-kerikil tajam,

Yang sedang menantiku.

Kadang-kadang aku jatuh,

Dan kadang-kadang aku disanjung.

Itulah kehidupan…

Yang kita tidak pernah sangka

Apa yang akan menerjah kita.


06/12/2011 01:57

Tuesday, November 29, 2011

di kala mutiara berguguran...



Dengan nama Allah aku menulis dan meluahkan rasa hati…


Hanya dengan namaMU aku berpegang teguh dengan ajaran agamaMu…


Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad saw serta para sahabat sekalian…


Bagaimana untuk aku ungkapkan betapa aku ini seorang


yang kerdil, sehingga aku terduduk menahan sebak di dada. Aku juga merasa payah bagaimana untuk aku memulakan isi hatiku yang sering kali bermain di mindaku sehingga aku tewas dengannya… MasyaAllah, hebatnya ujianMu ya Allah…


Seorang pensyarahku pernah mengingatkan aku sewaktu dia terlihat mataku yang kemerah-merahan akibat terlalu kuat menangis, “jika kamu rasa dengan menangis kamu akan dapat menenangkan dirimu, menangislah!, jangan kamu hiraukan orang disekeliling yang tidak tahu apa yang tersirat di hati kita”. Sebenarnya, apa yang kita rasa, kita tidak dapat luahkan sepenuhnya kepada orang-orang disekeliling kita… percayalah! Hanya Allah dan diri kita sendiri yang tahu apa yang terbungkam di hati.


Ya Allah, jika ujian ini dapat menghapuskan segala dosaku, aku redha, berilah aku ketenangan dan kekuatan untuk aku menghadapinya dengan tenang dan sabar.


Aku di uji dengan kegagalan dalam mengecapi cita-citaku. Sungguh! Aku tewas dengan ujian kali ini. Ini merupakan ujian ke2 yang pernah aku rasa terlalu berat buat aku. Sebelum ini aku di uji dengan cara yang berbeza. Waktu itu aku masih belajar, aku tidak tahu apa salah aku dengan seorang kawanku, sedangkan aku jarang sekali berkawan dengannya, tapi dia sanggup sebarkan cerita tentang aku sehingga satu kelas aku tahu tentang aku. apa yang di ceritakannya hanya rekaan semata-semata sehingga semua orang dalam kelas pandang serong pada aku, sedangkan aku tidak tahu tentang hal ini. Astaghfirullah… tapi akhirnya Alhamdulillah, dia sendiri datang minta maaf dengan aku. harap-harap dia tidak mengulangi lagi pada orang lain.


Cita-cita yang tinggi salah satu impian untuk kita bangkit menjadi seorang yang berani. Adakah betul fakta aku??? mungkin ada yang bersetuju dan mungkin tidak. Aku mengharapkan cita-citaku kali ini tercapai, aku ingin merubah kehidupan aku yang dulunya orang yang sederhana (bukan untuk menjadi kaya) hanya untuk berubah kepada yang lebih baik. Jika aku berjaya dalam impianku kali ini, Alhamdulillah, ia akan berubah menjadi lebih baik. Tetapi mungkin ini ujian Allah untuk aku lebih kuat berusaha. Ya!!! Berusaha.


Sewaktu aku mendapat berita aku gagal, tiada siapa yang menemani, semua orang kata aku mudah menangis. Aku tak kisah, aku dan dia berbeza. Dia bukan aku, dan aku bukan dia. Jadi, aku akan pujuk hati aku sehingga hati aku benar-benar tenang. Aku tidak mengharapkan sesiapa untuk berdamping denganku supaya dapat memberi kata-kata semangat. Aku juga ada prinsip hidup yang tersendiri. Jadi, aku harus kuat untuk bangun.


Ya!!! Memang aku seorang yang mudah menangis, fakta ini akan membuatkan orang “menyampah”. Biarkan orang menyampah dengan kita, asalkan kita tidak menagis tersedu sedan depan dia. Aku tahu, inilah kelemahanku.


Tatkala aku memohon ketenangan dari Allah, waktu itu jugalah air mata aku tidak henti-henti keluar. Aku tak dapat menahan, dan aku bukan paksa. Hanya tikar sejadah dan telekung solat menjadi temanku.


Selepas aku puas bersahabat dengan air mata, aku akan bangkit untuk berjuang untuk kali ke2. Aku seorang islam, dalam islam tidak ada istilah putus asa. Allah tidak suka pada hamba yang berputus asa. Dengan kekuatan yang Allah campakkan untukku, aku bangun kembali…


Aku menangis tidak bermakna aku tewas dengan apa yang menimpaku, tetapi aku menangis mengenangkan khilafku dengan Allah, ibu bapa, dan orang di sekeliling, mungkin, aku juga tidak pasti…


Maafkan aku seandainya aku bersalah…


Aku akan berusaha…


29 november 2011

Sunday, October 16, 2011

ding dong... kata-katanya...

"hidup bukan untuk ditangisi,
tetapi hidup adalah untuk dinikmati,
umpama keletihan dengan tidurnya,
kelaparan dengan makanannya,
dan usaha dengan kejayaannya...

hidup dilalui dengan langkah-langkah
kebaikan,
kebahagiaan,
dan kekecewaan
yg sebelumnya meninggalkan sejarah,
pengalaman,
dan pengajaran...

hidup menjadi indah dengan keinsafan,
keilmuan,
dan kenangan..."

15/10/2011 23:28

Tuesday, September 27, 2011

kawen... kawen... nikah...!!!

Dalam blog kali ni aku xnak ckp psal bnda lain, cma ak nk ckp psal kawen. Korang pernah tak terfikir nak kawen? Dlm msa yg sama korang pernah tak terfikir dengan sape sasaran yang korg akn kawen????

Haaaa yg ni aku nk cite sgt ni. aku, klu aku, aku akn kta, aku akn kawen ngan seorang lelaki yang msih bujang n baik budi pekerti. Blh percya ke skang ni??? yg tu aku tak tau!!!

Yg aku nk fokus skang ni, pmpn yg jwpnnya “nak kawen ngan laki orang” or “laki kaya, xsmart xpe, jd no2 pon xpe”… geramnye aku pmpn cmni, xpenah fkir ke psal perasaan isteri dia n ank2 dia kt rumah…??? Mcm mna perasaan mereka yg d madukan? Sakitkan!!! Ak dpt rsakn bnda ni sbb ak pon pmpuan, same je perasaan.

Sebenarnya, aku bukan nk mengubah hukum yang Allah tetapkan… yes, aku tahu berpoligami itu di bolehkan dalam islam.

Masalahnya sekarang, lelaki yg berkawin isteri kedua, jrg berkhwin ats sbb nk slmtkn n nk melindungi wanita or ada alasan yg kukuh, klo dlm 1000 tu sorg je lah yg mcm tu. rata2 klo kawen isteri ke2 mst cantik dr isteri pertama, pstu muda xyah nk kta la, hntaran berbelas2 ribu… yg pmpuan tu plk xsedr ke yg dia ambk laki org, pstu nak hntran berbilion… eeee… xpayah lahhhh…piiiiirahhhh!!!

Ade 1 cite, seorg hamba Allah, diorg ni tergolong d kalangan org berada la. Isterinya sangat2 baik, solehah, sanggup berenti kerja semata2 berkorban utk urus suami n anak. Last2, suami dia kawen dengan pmpn lain yg umo 20 thn, cba bygkn??? Ni kwen sbb nk lindungi pmpn ke sbb berkenan dia ank dara lg???? jwb2!!! Nasib baik si isteri dia juga seorg yg berkerjya jugk. Ni la org lelaki wt kputusan x fikir perasaan pmpuan, istei sggup berhenti kerja semata2 utk urus mkn mnum pkai suami, tkt2 x terjaga, nk jga anak lagi, hntr n ambk ank ke sekolah… sume d urus isteri… xpernah ke org laki fkir psal pengorbanan isteri smpai mcm tu skali??? Lelaki berjya sbb ada seorang wanita yg mendorong d blakang, klo x lelaki x akn berjya. Dalam hal ni, aku xsalahkn lelaki 100%, pmpn ni pon same je, da tau laki org nk wtpe, xkira la hensem lebh dr ape skali pon. Pmpuan skang ni pon bnyak jgk yg gediknye, menympah aku…

Aku malasla nk pnjgkn cite ni, jap lg ade plk yg fire aku… tp aku ckp bnda btol, nk kawen sampai 4 pon xpe, tp blh adil, ckup utk bg nfkah, ank2 ckup ksih syg n xde yg membrontak, sume bnda perfect bg kt stiap isteri xpe r… ni, yg sana xckup mkan, yg sini ank2 entah kemana… baik xpayah la kawen kalo mcm tu, wt sush org…

Sory la klo yg aku tulis ni terkena kt si pembaca,,, aku maaf seribu kali maaf la, aku juz nak luahkan isi hti aku yg ak geram sgt kt golongan mcm ni…

Klo ak salah, btulknlah,,, aku menulis ni dgn emo skit…maaf,maaf,maaf…

Aku out dlu… gracias…

Monday, September 26, 2011

jenguk2 blog...

da lama rasanya x jenguk blog aku ni, rindu plk ngan blog... hye ape kbr sume kwn2 blog??? harp sume sihat dan di bawah lindungan Allah swt...
pejam celik pejam celik da dekat 5 bulan aku dk goyang kaki kt umah,,, heeeee hbs belajr memg mcm ni, tggu kerja..
dalam masa 5 bulan tu mcm2 terjadi, dlm msa 1 bln 2 org ahli keluarga aku meninggal dunia, al-fatihah untuk kedua2nya... smoga d tempatkan bersama para solehin...
bln 10 ni plk insyaallah aku akan konvokeseyen,,,, da besaa daaaa ank mak.... mst mak bgga kn dgn kta.... tq makkkkk.... krn dorongan mak la kta berjya hri ni, kta tau, hri2 mak doa utk kta kn....
kta xde kt umah, mak selalu call, kta xcall (msa dlu cap aym ckit, tkt hbs kedit), kta kt umah, selalu mak berleter.... wahhhhhhhh best sgt dgr mak berleter...
kta selalu main kucing pon mak ambk kesah, kta tgk tv selalu pon mak ambk kesah, kta bgn lambt pg pon mak kata kita ank dra malas, kta xmsuk dapor pon mak kta xpndai msk (pndai jgk la msak ikan goreng tu, kira ok r)...
mak memg sume ambk kesah, kdg2 dia buat kta mcm bdk keck, mcm bdk tdika dia buat, tp ak xkesah lah heeeee...
itu lah mak. klo xde dia suruh balik.... ade dia membebel... ak ok je, jnji blh dk umah, hr2 tgk mka mak pon xpe,,,, bestttttttt....heeeeeeeeee
xde ape dh nk cite... ak kuar dlu... byee

Wednesday, May 4, 2011

khilafku...



Ya rabbi…

Aku menangis…

Aku merasakan kerdilnya aku dihadapanMU

Ya rabbul jaliil…

Air mataku tak henti-henti

Aku khilaf…

Pimpinlah aku…

Dengan kekuasaanMU…

Aku yakin denganMu ya Allah…

(T_T)

Saturday, April 30, 2011

الأحلام

Kehidupan ini yang mengajar kita pelbagai situasi untuk kita melalui liku-liku hidup, semuanya bukan kita pelajari di dalam kelas dan duduk bersama teman-teman di bangku untuk kita kuasai bagaimana untuk kita menjadi seorang yang sabar, bagaimana untuk menyayangi seseorang. Semua ini adalah lahir dari diri kita yang tahu untuk mengawal emosi, untuk menzahirkannya. Semua sifat ini adalah anugerah Allah swt untuk setiap hambanya. Cuma hambanya itu sahaja yang perlu mengawal dan tahu menilainya. Sebaliknya sifat lain yang bertentangan dengannya seperti sombong, angkuh, tamak dan sebagainya juga merupakan dari Allah swt, Cuma seseorang itu perlu pandai mengawalnya. Setiap orang mempunyai sifat ini, Cuma iman yang sentiasa mengawal dirinya, jika tiada iman di hati, apa sahaja yang terlintas di hatinya itulah yang dilakukannya. Suka aku katakan “tepuk dada tanya iman”.

Aku.. bukanlah manusia yang sempurna, yang tidak pernah melakukan kesalahan dan kekhilafan. Mengapa ada waktu hati aku tidak tenang, seakan ada ikatan yang tersimpul yang sukar untuk dileraikan. Pada malam sebelumnya aku bermimpi ada hamparan yang sangat besar dan diatas hamparan itu tertulis asma ul husna. Aku disuruh melipat hamparan itu, tapi aku seakan sukar untuk melipatnya, dan aku berusaha sedaya upaya untuk melakukannya, akhirnya aku hanya menggulung hamparan itu. Aku tersedar dari mimpi itu, aku berfikir panjang. Aku bangun tenangkan hati ku di sejadah… tapi aku... Aku tidak tahu apakah alamat pada mimpi itu. Malam itu, aku merasakan malam terlalu panjang.

Mungkin Allah ingin mengingatkan aku supaya aku tidak terlalu bahagia hidup di dunia, dunia ini sementara. Tidak ada yang kekal. Ya Allah ampunilah segala dosaku… sekiranya aku berada di jalan yang salah, kembalikan aku ke jalanMu.. semoga hidupku dalam keradhaanMu… amiiin…

Aku…

فقير عند الله....

Wednesday, April 27, 2011

ustazah, saya tak minat bahasa arab....

Pada tahun 2007…

Da lama dah la, kira2 dalam 4 tahun yang lepas… waktu tu aku di semester 4 nak naik sem 5, masa ni diploma kat UNISZA terengganu. Memandangkan aku ambik kos bahasa arab dengan pendidikan, jadi aku kena la pergi praktikal.

Cikgu muda, 19 tahun heeeee…

Aku kena mengajar di sek. men. Keb. Agama durian guling, Terengganu. Aku kena mengajar tingkatan 2C, 2D, 1A. sume tiga2 kelas ni kelas budak2 pandai la, sebab sekolah ni satu tingkatan tu dalam 9 kelas ada. Alhamdulillah, diorang tak pernah buat aku pening, sume diorang baik2. Boleh tahan besar la sekolah ni. Aku kena mengajar subjek bahasa arab komunikasi, pendidikan islam dan modal insan. Sangat mencabar bagi aku sebab kali pertama nak berhadapan dengan masyarakat yang orang labelkan “cikgu”. Yes!!! Aku lah ustazah!!!

Mula dari saat ni, aku kena berubah, jadi mature walaupun hakikatnya aku tak mature. Aku sebenarnya sama umur dengan student aku yang tingkatan 6 atas waktu ni. Sepatutnya, jika dia lalu lalang depan aku, dia la yang patut malu dengan aku, ye la aku kan ustazah… ceeeeewahhh… tapi kali ni terbalik daaa, aku yang malu tak tau nak kata, bayangkan pelajar sama umur dengan ustazah, sangat2 mencabar.

Nak di ceritakan di sini, aku ada bermacam ragam pelajar, ada yang banyak cakap, ada yang suka nama dia di sebut dalam kelas, ada yang selalu muncung waktu aku mengajar, ada yang suruh aku ajar melukis la, macam2 ada. Ada seorang pelajar aku ni, namanya nabila. Dia suka waktu aku mengajar pendidikan islam, tapi dia orang paling menyampah waktu aku mengajar bahasa arab… nak tau kenapa??? Tunggu…

Nabila: ustazah, yang ni maksud apa?

Aku: owh yang ni… kan ustzah da kata, kalau tak tahu, perkara pertama yang kamu kena buat apa???

Ramai2: bukak kamusssss!!!!

Aku: na’am… ahsantum. Nabila, enti bukak kamus dulu, lepas tu baru tanya ustazah, boleh?

Nabila: (angguk2 kemalasan)

Selepas tamat kelas…

Nabila: ustazah, ustazah… tunggu kejap…

Aku: ye nabila, ade apa?

Nabila: ustazah, saya tak minat bahasa arab laaaa… susah la ustazah bahasa arab ni, susah dari bahasa inggeris tau, ye la ape tak susahnya, perkataan sama, tapi baris lain, dah jadi maksud lain,,, tolong la saya ustazah, ajar la saya cara yang paling mudah nak pandai bahasa arab, saya nak lulus je dalam exam, sebab sebelum ni saya tak pernah lulus pun…

Aku: (senyum mendengar celoteh anak muridku yang comel dan berlesung pipit) erm macam ni la

nabila, nanti masa terluang, enti pergi rumah ustazah ya. Nanti ustazah tolong enti...

nabila: terima kasih ustazah… hehe

lepas tu dia selalu la datang rumah aku, kadang2 tu dia tidur je rumah aku, aku tak kisah lah. Tapi nabila memang manja dengan aku. Mungkin dia anggap aku kakak dia la kot, tak kisah lah…

musim peperiksaan tiba…

aku: nabila, enti dapat gred apa subjek bahasa arab?

Nabila: saya dapat B ustazah, syukur Alhamdulillah, ni sume jasa ustazah yang selalu tolong saya.

Aku: bukan ustazah, tapi Allah yang bagi, Cuma ustazah ni sebagai sandaran je…

Nabila: (senyum)

Selepas aku habis praktikal ade la jugak aku berhubung dengan dia melalui handset… lepas tu lama jugak la tak berhubung dengan dia, masing2 sibuk.

__________________________________________________

2 tahun kemudian, 2009…

Waktu ni aku dah tak lagi belajar di Terengganu, aku di UPM.

Tiba2 telefon aku mengalunkan lagu yang dah aku setkan... tertera di skrin nombor yang asing bagi aku.

Aku: hello, assalamualaikum…

Nabila: waalikumussalam… ustazah kenal lagi tak suara saya??? (lembut suaranya)

Aku: maaf, ustazah tak ingat ni, ramai sangat la, macam sama je suara (padahal memang aku hampeh bab mengingat suara orang)

Nabila: ni nabila ustazah… (sambil gelak2) ustazah ape khabar?

Aku: masyaAllah, nabila ke… maaf la ustazah terlupa dah suara sape tadi, Alhamdulillah, ustazah sihat, enti sihat nabila?

Nabila: sihat ustazah…

Aku: nabila, macam mana belajar? Ok tak ustazah yang mengajar bahasa arab sekarang?

Nabila: ok je belajar, erm lepas ustazah keluar tu, ustaz yang ganti, tapi tak best macam ustazah menagajar… saya dah pindah sekolah usatazah…

Aku: owhhh,,, (dalam hati aku kata, tak kan sampai tak suka ustaz pun boleh tukar sekolah, dah la budak ni tak suka bahasa arab, hati aku memang ade sedikit bimbang)… enti tukar sekolah??? Kenapa nabila? Enti tak suka bahasa arab ke enti tukar sekolah?

Nabila: bukan ustazah, saya sekarang masuk sekolah tahfiz, saya nak jadi macam ustazah, saya nak pandai al-quran, bahasa arab n sume ilmu2 agama. Nanti saya nak sambung belajar kat mesir.

Air mata aku menitis tanpa dipinta, aku memang tak menyangka, seorang pelajar yang tidak minat bahasa arab berfikir sampai ke situ, dan aku paling terharu, dia nak jadi macam aku… mungkin pada dia aku baik (pada hakikatnya aku memang tak baik pon hahaha).

Aku: betul ke nabila, apa yang ustazah dengar ni???

Nabila: betul la ustazah, tak kan saya nak tipu ustazah pulak…

Aku: ustazah doakan semoga enti berjaya untuk menjadi hafizah, dan berjaya dalam hidup dunia dan akhirat…

Selepas tu, nabila tak ada berhubung lagi dengan aku, lagi pun aku tak de no telefon dia.

_______________________________________________________

23 april 2011, 4.55pm…

Tiba2 telefon aku menjerit menandakan sms masuk. Aku ingat kawan aku si yuk lian tu, besenya waktu ni dia akan mesej aku untuk pinjam laptop. Rupa2nya orang yang aku tak sangka2…

Nabila: “salam,ustazah.. mtk maaf, lama dh x bertnya kbr. Cht? Ana skang bru pkai hset.he2… lot of luv I am nabila”

Aku: “wsalam nabila… ana bikhair walhamdulillah,, kaifal hal ya habibati? Aina tadrusinal a’an?”

Kami berbalas beberapa mesej, sehinggalah ke mesej ni…

Aku: “xpe klbhn org hafaz quran ni Allah bg rzki istimewa utk dia.. bgus la enti ambk stam,ustzh doakn, enti mumtazah fil imtihan… belajar b’sgh2 ye, Allah x nilai kptusan exam kita, tp Allah nilai usaha kita b’juang dmi dpt sdikit ilmuNya… hebatkn Allah, xpernah pilih kasih…”

Nabila: “jauh lg kembara ana… btul, Allah maha adil.. dia juga hntrkn ana seorg insn yg baikutk d contohi n memberi nsiht ttkala dlm ksushn. Terima kasih ustzh… uhibbuki lillah..”

Tatkala mesej ni yg aku baca, aku amat2 terharu, rupa2nya ada pelajarku yg jadikn aku sbg conth yg ingin dia ikuti… hebatnya Allah swt…

p/s: jika anda seorang guru, jd lah guru yg menjdi contoh yg baik utk pelajar2 anda wpun anda seorng yg gila2… jika anda mnunjukkan contoh yg tidak baik dan murid anda mnirunya, anda yg akan berdosa selama2nya…