Monday, March 30, 2009

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang kalam iftitah yang indah dilafaz,
Assalamualaikum warahmatullah kalam pertama ku hulur…


Pertama sekali aku mohon maaf andainya kalam yang akan aku sampaikan satu kebetulan dengan cerita si pembaca yang menghayati setiap bait-bait ayat ini. Aku tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa, tapi sekadar meluahkan apa yang terbungkam di hati. Aku sering terfikir tentang apa yang ada dihadapan ku. Aku tertanya-tanya kenapa begini? Kenapa sering berlaku? Apa ni? Soalan yang tiada jawapan. Namun, di sini aku cuba ingin meluahkan apa yang terlintas sebagai jawapan untuk soalan itu. Aku rasa tak mungkin itu adalah jawapan tapi tak mengapa kita mencuba dan insyaallah penilai yang akan menilai mengetahuinya. Faham ke apa yang akan aku katakan? Tak kan? Tak mengapa, aku akan ceritakan apa yang bermain-main dalam kotak minda ku. Nak aku teruskan ke? Macam boring je! Nanti dulu! Jangan kata boring dulu, ni baru kata mukaddimah, tajuk pun tak masuk lagi. Erm ni mesti nak tahu pasal tajuk pulak… kan? Erm tak de tajuk. Aku ni sekadar nak mencipta artifak karangan yang akan aku simpan, tapi bukan di muzium la, dalam lap top ni je. Tak pe la dikira artifak juga la.

Baiklah aku akan mulakan apa yang akan aku ingin olahkan. Aku ni dikira orang yang suka berjalan-jalan la, tapi nak kata tiap-tiap minggu tu tak lah. Cuma sekali sekala… boleh la… kadang-kadang aku sengaja pergi berjalan-jalan pada hujung minggu, tak de buat apa pun cuma tengok-tengok dunia luar je. Suatu hari kaki aku berjalan-jalan, mata aku tak kalah lajunya melilau apa yang lalu depan aku. MASYAALLAH, hebat sangat-sangat remaja sekarang. Ish ASTGHFIRULLAH, masalah juga ye mata ni… Masalah ke? Tak pandai jaga masalah la. Tapi kalau pandai jaga ALHAMDULILLAH la jauh dari dosa. Eh berbalik pada remaja yang nak aku cerita ni. Sebenarnya aku bukan nak mengumpat, erm tapi ada yang salah anggap tu lantak diorang la. Cerita ni bukan tuju untuk sesiapa dan khusus bagi orang yang akan aku fokus. Cuma sebagai peringatan untuk kita semua yang bergelar “REMAJA MUSLIM DAN MUSLIMAH”. Hebat jugak istilah tu. tapi sesuai ke untuk remaja yang kat luar sane tu? Jijik la. Maaf erk, kasar sikit. Tapi memang itu yang patut untuk diorang semua. Ha ni baru nak masuk apa yang aku nak cerita… tak sabar ye… erm macam ni, mesti anda semua pernah melihat remaja yang diluar sana buat maksiat. Eh kira maksiat la senang walaupun di tempat terbuka macam pasaraya dan banyak lagi la.

Aku duduk di kerusi yang tersedia dalam pasaraya tu, aku suka pandang apa yang lalu lalang depan aku. Aku perhati, aku berfikir dan aku cuba membuat kesimpulan. Eh tak kan dah kesimpulan kot!!! Bukan maksud aku dengan apa yang aku tengok la aku da dapat agak la apa yang tersurat dan tersirat. Boleh dikatakan kesimpulan kecil la… Macam ni ceritnya, masa aku tengah pandang dan sedikit termenung la memandang sekeliling aku terpandang banyak anak muda berpasang-pasangan yang sibuk bercinta, aku tahu dan aku faham perasaan anak muda yang ingin disayang dan menyayangi sebab aku pun sebaya umur tu jugak. Walaupun aku seusia mereka tapi ALHAMDULILLAH, Allah masih menjaga aku dari terjerumus seperti mereka yang tiada segan silu dipegang sana sini oleh sang lelaki. Dari itu dalam minda aku mula timbul satu soalan kenapa mereka jadi begini? Yang perempuan tidak ada perasaan malu dirangkul kemas pinggang yang sungguh cantik, yang lelaki pula puas dengan apa yang diperolehinya. Aku yang melihatnya sungguh jijik kerana ini semua tidak patut terjadi dalam masyarakat kita yang terkenal dengan sifat malu dan sopan santun bagi perempuannya. Selain itu, kita juga mempunyai adab yang sungguh dikagumi.

Berbalik kepada persoalan tadi. Aku tidak tahu apa yang ingin aku komen, kalau aku komen lebih-lebih kan orang kata pulak aku ni jenis yang semua ambil tahu, em nanti ada pula yang kata mak ayah aku pun tak pernah ambil peduli. Kalau ada yang macam ni, aku mungkin boleh tengok dan berdoa je lah, kalau aku tegur kan ada pulak yang panggil gangster serang aku, tak pasal-pasal aku yang kena belasah beb, dapat penyakit free. Satu lagi yang aku pelik kenapa la yang perempuan ni tak sayang sungguh pada diri? Bagi je mana-mana lelaki pegang, Diorang tak jijik ke kat lelaki tu? entah-entah lelaki tu berapa banyak perempuan dah yang dia sentuh. Wahai WANITA melayu yang anggun, MUSLIMAH yang digelar, sedarlah!!! Lelaki-lelaki tu semua sengaja nak melepaskan nafsu je belum tentu dia adalah SUAMI kita. Wahai PEREMPUAN-PEREMPUAN!!! Semua yang engkau lakukan itu HARAM di sisi ISLAM. Sekali lagi aku ulang dengan penuh kelembutan, HARAM di sisi ISLAM, HARAM dan BERDOSA BESAR di sisi ISLAM. Dengarlah wahai diri yang merasakan dirinya beragama islam, dengarlah dengan hati yang menerima, dengan minda yang terbuka. Wahai yang menggelar dirinya muslimah, engkau tahu bahawa dengan dirimu boleh menjatuh bagunkan sesebuah Negara, dengan dirimu juga boleh mengoncang dunia, dengan dirimu juga boleh merubah segala-galanya. Tapi sedarlah wahai yang bergelar muslimah, dengan dirimu juga lelaki-lelaki boleh jatuh ke tangan mu tidak sewenang-wenangnya.

Aku rasa tak habis lagi aku nak bercakap ni, tak mengapa aku akan ungkap apa yang ada di mindaku ini wahai yang mengaku dirinya muslimah. Disini aku juga ingin sangat-sangat menyentuh mengenai AURAT, aku tahu aku tak akan bercakap mengenai yang diluar sana. Cuma aku meneliti dan menghayati di kawasan kampus aku saja. Suka aku ingin katakan disini, aku tahu dan aku sungguh yakin bahawa kebanyakan daripada muslimah yang ada di kampus ini tahu mengenai mana yang halal dan mana yang haram tentang aurat ni. Mesti tertanya-tanya kenapa aku membuat fakta sebegitu? Ye! Pernah aku duduk bersembang dengan yang mereka-mereka yang tidak menjaga sangat aurat ni. Diorang memandang aku, dan aku perasan dengan apa yang dilakukan diorang kerana selepas itu mereka bertanya aku tentang kenapa suka berpakaian FORMAL walaupun masa tu waktu malam. Mudah aku menjawab, atas setiap keselesaan individu la nak berbaju kurung walaupun waktu malam. Aku hairan kenapa diorang menganggap aku berbaju kurung atau berjubah dianggap formal walaupun masa itu bukan dalam majlis ataupun kelas. Bagi aku ia bukan sesuatu yang pelik dan sudah menjadi kebiasaan dididik untuk menjaga aurat. Aku akan tegaskan disini mengenai “AURAT”. Mereka-mereka yang berkata dan bertanya pada aku pasal tadi cukup lancar mengeluarkan dalil dalam Al-Quran mengenai setiap wanita wajib melabuhkan tudungnya melebihi paras dada (kalau tak silap aku surah an-nisa’). Terkejut aku diorang lancar kat mulut dalil tu, aku pun samar-samar lagi nak mengingat dalil tu sedangkan mereka menganggap aku banyak ilmu agama disebabkan aku berpakaian begini. MASYAALLAH, hebat rupanya mereka. Kenapa tidak menggunakan kehebatan itu untuk membela ISLAM? Sayang sungguh… Wahai diri yang menggelarkan dirinya muslimah, jangan la terlalu ketat pakaian, seluar tu cuba-cuba la tambah kain sikit, baju pun sama jugak, kain sekarang setahu aku tidak lah mahal sangat. Aku bukan nak kata aku banyak duit beli baju kain lebih, tapi entahlah suka tengok pakaian aku bukan macam pembalut nangka. Longgar dan selesa serta mudah nak urus diri. Orang tengok pun tak lah menjolok mata. Erm tapi kalau pakai ketat-ketat ni faham-faham lah banyak mana lelaki dah tak tau tengok, sebab bagi diorang seronok tengok-tengok ni (bagi yang tak reti bahasa la). Pakailah biar padan dengan kita, walaupun wajah pada pandangan manusia kita tidak cantik mana, biarlah aurat dan diri kita terjaga. Itulah kecantikan dirimu kerana penilaian kecantikan yang kita inginkan bukanlah penilaian pandangan mata manusia, tapi penilaian di hadapan yang MAHA ESA hari esok. Pilihlah wahai yang menggelarkan dirinya muslimah. Sayangi diri hiasi peribadi dengan akhlak yang terpuji…engkau lah segalanya WAHAI MUSLIMAH…


..tulisan ini bukan untuk dituju untuk sesiapa, tetapi untuk peringatan diri sendiri.


30 Mac 2009, Isnin, kolej kelima, UPM serdang…

Wednesday, March 25, 2009

ZHENG HE DAN PERJUANGAN ISLAM....

JANGKAAN PEROLEHAN KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kajian perpustakaan yang menyediakan buku-buku rujukan dari perpustakaan dan rujukan dari internet.

Kajian perpustakaan ini diharapkan dapat memberi manfaat untuk dihayati dari sudut kesan sejarah Laksamana Zheng He (Cheng Ho) secara mendalam bagi tatapan generasi akan datang. Hasil kajian ini akan menyediakan beberapa alternatif dan panduan kepada kapada pihak-pihak berkenaan terutamanya golongan remaja supaya mereka dapat mengambil contoh dan teladan untuk dijadikan panduan.

Pelayaran dan kesan sejarah Zheng He (Cheng Ho) tidak menarik minat sesetengah golongan remaja khususnya dan sesetengah golongan untuk mengkajinya secara terperinci. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menyediakan maklumat-maklumat tentang bagaimana pelayaran, penemuan dan sumbangan Laksamana Zheng He kepada dunia untuk menarik minat para pembaca agar meningkatkan ilmu tentang sejarah tokoh yang dikagumi.
PEMBAHAGIAN ISI

1. Biodata Zheng He

2. Salasilah keturunan Zheng He
- Zheng He dan nenek moyangnya

3. Asal nama Sam Po

4. Pengalaman hidup Zheng He

5. Latar belakang pelayaran Zheng He
- Bandar persinggahan kapal Zheng He

6. Perbandingan dengan pelayar eropah

7. Islam di China dan kaitan dengan Zheng He
- Islam pada abad ke-15
- Zheng He, muslim yang taat
- Kepercayaan agama

8. Peninggalan sejarah Zheng He di Malaysia
- Kaitan dengan Puteri Hang Li Po
- Kisah Bukit China di Melaka
- Zheng He dan Sarawak

9. Sumbangan Zheng He
- Bidang pelayaran antarabangsa
- Bidang perniagaan
- Bidang kebudayaan
JOM KITA BERKENALAN DENGAN ZHENG HE...

Begitu juga dalam banyak bidang sains yang lain tidak terkecuali ilmu astronomi atau falak itu sendiri. Serentak begitu banyak peralatan pelayaran yang ada kaitannya dengan alam semesta dijadikan alat pelayaran dalam dunia barat.

Kontroversi tentang siapa yang sebenarnya dahulu mengelilingi dunia sama ada pelayar barat seperti Magellen dan Columbus, ataupun seorang China, Zheng He (Cheng Ho) yang dikata menganut kuat agama Islam, begitu relevan sekali untuk kita ikuti dalam konteks ini. Tidak syak lagi Zheng He (1371-1435) adalah pelayar China yang paling terkenal, memandangkan pada ketika itu pelayar barat dikatakan telah pun mempunyai peta pelayaran yang kononnya berasal daripada pelayar China seperti Zheng He. Dan kita tahu pemetaan, apabila hala tuju pelayaran sering bergantung kepada ilmu falak ataupun astronomi dan kosmologi. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-600 bagi pelayaran. Zheng He yang akan disambut besar-besaran di merata dunia, sekali gus merupakan tahun untuk kita bermuhasabah tentang kedudukan ilmu semasa.

Pada masa yang hampir sama dengan pelayaran Zheng He, seorang rakyat Maghribi, Abu Abdullah Mohammed Ibn al-Sharif al-Idrisi (1100-1166 A.D.) atau lebih dikenali sebagai Ediris atau Al-Idrisi juga telah pun mencatat nama sebagai ahli geografi dan pelukis.

Begitulah betapa pentingnya ilmu falak, astronomi dan kosmologi kepada manusia sehingga hari ini dimana ilmu-ilmu dalam bidang ini penting terutama bagi umat islam dimana melalui ilmu ini umat islam akan mengetahui arah kiblat, tarikh, bulan dan sebagainya.
Dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan, sebuah provinsi Mongol ketika itu yang terletak beberapa minggu perjalanannya dari pelabuhan terdekat, Zheng He bukannya orang Cina, tetapi merupakan orang Muslim Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382. Kemudian, beliau dilatih menjadi sida-sida empayar dan ditugaskan ke istana Zhu Di, puteraYan yang suka berperang.

Dalam tempoh 20 tahun, Zheng He telah menjadi salah seorang pembantu utama putera Yan, serta juga ahli strategi utama dalam pemberontakan yang menyebabkanZhu Di (dengan gelaran Maharaja Yongle yang bermaksud "Maharaja Kebahagiaan Abadi") menjadi maharaja Dinasti Ming yang ketiga pada tahun 1402. Dinamai semula sebagai Zheng oleh Maharaja selepas kemenangannya dalam pertempuran di Zenglunba yang terletak berhampiran dengan Beijing, beliau kemudian dilantik untuk mengetuai salah satu angkatan tentera laut yang paling kuat di dunia ketika itu. Misinya membuktikan kehebatan dan keupayaan pengurusan dan teknologi, tetapi tidak membawa kepada perdagangan yang besar. Ini disebabkan Zheng He merupakan seorang laksamana dan pegawai, bukannya pedagang.

Zheng He sebenarnya adalah keturunan ke-37 Nabi Muhammad.

Nama Laksamana Cheng Ho (Zheng He) tidak asing lagi dalam sejarah Melayu. Beliau merupakan seorang tiong hua yang hidup sekitar 6 abad lalu. Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam berkata “The name Admiral Cheng Ho (Zheng He) spells greatness, respect and of late, skepticism as far as the history of global sea expedition is concerned. Largely known to the world as and envoy of the Ming Dynasty, Zheng He was also an expert seafarer, a daring explorer, an effective ambassador and a cunning warrior. Most importantly, he was a muslim blood and probably one of the world’s greatest muslim figures back in the 15th century.”

Zheng He merupakan ahli pelayaran terbesar bukan sahaja dalam catatan sejarah pelayaran China malah pada sejarah dunia. Beliau telah memimpin armada raksasa mengunjungi ke lebih 30 negara serta kawasan Asia Tenggara, Samudera Hindia, Laut Merah dan Afrika Timur selama 28 tahun. Pelayaran beliau mempunyai misi yang tersendiri, antaranya untuk mengukuhkan hubungan antara negara china dan negara-negara lain, memajukan perdagangan antarabangsa, menunjukkan kekuatan negara china dan sebagainya. Dengan adanya misi tersebut kita dapat lihat kejayaan Zheng He dalam pelayarannya. Selama hidupnya, beliau telah melakukan petualang antara benua sebanyak tujuh kali berturut-turut dalam kurun ketika berumur 28 tahun.
Dalam pelayarannya, beliau telah mencatat dalam sejarah pelayarannya yang luar biasa kerana mampu mengubah peta navigasi dunia sampai abad ke-15. selain dari itu, beliau merupakan seorang muslim yang taat dan aktif alam menyebarkan islam walau di mana berada. Kesimpulannya, walaupun hidupnya terkenal dengan pelayarannya namun Islam tidak diketepikan dan telah meninggalkan kesan sejarah yang boleh dijadikan teladan kepada kita dan generasi akan datang.
MUSLIM DI CHINA SEKITAR ABAD KE-15


Zheng He adalah seorang Muslim yang taat, namun demikian, topik ini amat kurang terungkap di sepanjang sejarah. Kemunculan seorang tokoh yang penting tidak akan terpisahkan dari latar blakang sosialnya. Dalam tajuk ini kita akan menitikberatkan hubungan antara Zheng He dengan Muslim di China sekitar abad ke-15

Tentang tersiarnya agama Islam ke China, kebanyakan sarjana berpendapat bahawa peristiwa itu terjadi pada pertengahan abad ketujuh. Suatu peristiwa penting yang terjadi pada masa itu ialah, Khalifah ketiga, Usman bin Affan (577-656) telah mengirim utusannya yang pertama ke China pada 25 Ogos tahun 651 M (2 Muharam 31 H). Ketika menghadap Raja Yong Hui Dinasti Tang, utusan Arab itu telah memperkenalkan keadaan negerinya beserta agama Islam. Demikian dicatat dalam Jiu Tang Shu (Buku Dinasti Tang Lama) bahagian sejarah Ta Shi (Arab) jil.198. Sejak itu mulai tersebarlah agama Islam di China.

Islam masuk ke China melalui daratan dan lautan. Perjalanan darat ialah dari arab sampi ke bahagian barat laut China dengan melalui Persia dan Afghanistan. Jalan ini terkenal dengan nama ”jalur sutera” . Manakala perjalanan laut ialah dari Teluk Persia dan Laut Arab sampai ke bandar China seperti Guangzhou, Quanzhou, Hangzhou dan Yangzhou dengan melalui Teluk Benggala, Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Pada sekitar abad ketujuh dan kelapan hubungan antara China dengan Arab sangat baik. Empayar Arab telah 36 kali menghantar utusan muhibahnya ke China selama 147 tahun dari tahun 651 sampai tahun 798. para pedangang Arab dan Persia yang berniaga ke China umumnya orang Islam yang datang berseorangan dan kemudian menikah dengan wanita tempatan. Keturunan mereka turun temurun memeluk agama Islam dan menjadi penduduk di China.

Pada permulaan abad ke-13 banyak orang Islam di Asia Tengah dan Asia Barat menjadi tentera Mongol dalam ekspedisi ke Barat yang dipimpin oleh Jenghis Khan. Mereka yang kebanyakan terdiri daripada perajurit, tukang kayu, tukang besi dan sebagainya ikut ke China bersama tentera Mongol. Umumnya mereka berasal dari bangsa Se Mu. Moyang Zheng He berasal dari bangsa Se Mu di Xi Yu. Pada Dinasti Han (206 SM-220 M), Xi Yu merujuk kepada Xinjiang (bahgian barat Laut China), Asia Tengah dan kawasan-kawasan lainnya yang terletak di sebelah barat kota Yu Meng Guan (Propinsi Ganshu). Pada Dinasti Yuan pelbagai bangsa di Xi Yu disebut sebagai bangsa Se Mu. Pada Dinasti Yuan (1206-1368) kedudukan sosial bangsa Se Mu lebih tinggi daripada bangsa Han, tetapi di bawah status bangsa Mongol. Dengan menempatkan banyak perajurit Muslim dan dibangunkannya masjid-masjid di pelbagai tempat kerajaan Dinasti Yuan, maka agama Islam mulai tersebar luas di China.

Kemelesetan ekonomi… bagaimana untuk tanganinya?

Tempias kemelesetan ekonomi dunia semakin terasa di Negara ini apabila lebih 10,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini. Statistik terkini kementerian sumber manusia pula menunjukkan 15,000 pekerja diberhentikan sejak pertengahan tahun lalu dan 45,000 lagi diberhentikan menjelang tahun baru cina minggu lepas. Pengarah Eksekutif Persekutuan majikan-majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan pula menjangkakan 200,000 pekerja bakal diberhentikan berikutan kesan kegawatan ekonomi global.
Tiga fakta diatas merupakan perkara yang menjadi kebimbangan bagi rakyat Malaysia khususnya. Kita dapat lihat berapa banyak yang kehilangan pekerjaan ketika ramai yang di luar sana masih lagi tercari-cari pekerjaan. Ekoran daripada masalah ini banyak perkara boleh berlaku. Yang pastinya mereka yang hilang pekerjaan akan hilang punca rezeki sedangkan banyak mulut yang perlu disuap. Namun begitu, kita juga bimbang golongan ini akan turut kehilangan punca dan akhirnya terjerumus ke lembah jenayah akibat tekanan hidup kerana lazimnya kadar jenayah akan meningkat apabila ekonomi negara Negara tidak begitu memberangsangkan.
Dalam masa yang sama lebih 1.5 juta pekerja asing yang berdaftar di Negara ini juga turut diberhentikan kerja atau diminta bercuti tanpa gaji. Apakah yang boleh dilakukan oleh mereka? Ada sesetengah dari mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Negara masing-masing dan ada yang enggan pulang. ini kerana mereka sudah tidak ada apa-apa di Negara sendiri kerana telah digunakan untuk perbelanjaan untuk dating mencari pekerjaan di Malaysia suatu ketika dahulu. Inilah dilema yang dihidapi oleh pekerja-pekerja asing yang telah diberhentikan kerja. Tidak cukup daripada itu ramai juga pekerja tempatan yang menerima nasib yang sama.
Dalam keadaan genting ini, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dengan membela nasib rakyat tempatan untuk memperolehi semula peluang pekerjaan kerana kita lihat pada hari ini berapa ramai mahasiswa yang sedang menunggu untuk mendapatkan pekerjaan. Sungguh pun begitu, kerajaan haruslah mengambil pelbagai inisiatif dengan apa jua skim atau kaedah bagi menangani masalah ini perlu mengambil kira nasib pekerja tempatan.
Kita petik daripada cadangan oleh Shamsuddin bagi memulihkan keadaan ini dalam jangka panjang, kerajaan perlu :
1) Menghantar pulang semua pendatang tanpa izin ke Negara asal.
2) Menggantikan pekerja asing dengan rakyat Malaysia secara berperingkat-peringkat.
3) Membekukan pengambilan pekerja asing.
4) Memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia untuk diambil bekerja.
Dalam usaha menangani masalah pembuangan pekerja ini, kita berharap syarikat-syrikat terlebih dahulu mencari pendekatan lain terlebih dahulu sebelum membuang pekerja tempatan antaranya meminimumkan kos dengan mengurangkan kerja lebih masa dan meniadakan bonus. Selain itu, pekerja tempatan yang diberhentikan kerja perlu diberi latiahn dan kursus-kursus profesional supaya mereka dapat mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan makan gaji. Menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan merpakan salah satu pendekatan untuk mengelakkan pengangguran. Kita cuba singkap kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, ramai yang memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual air di tepi jalan, membuka kedai runcit dan sebagainya. Ini merupakan langkah permulaan yang baik dan lebih baik jika kerajaan menawarkan skim pinjaman mudah sebagai modal permulaan serta lebih dari itu ia juga dapat memberi galakan kepada mereka untuk mebuka perniagaan sendiri. Tidak cukup dari itu, moleklah kiranya jika kerajaan juga wajar mempertingkatkan untuk memberi latihan secara percuma kepada pekerja yang diberhentikan sejajar dengan hasrat membantu mereka yang dalam kesusahan.
Tuntasnya di sini, kita percaya kerajaan mempunyai kaedah dan perancangan tersendiri dalam menangani masalah ekonomi global ini. Pakej rangsangan ekonomi RM 7 bilion pada November lalu perlu diteruskan dengan pakej rangsangan ekonomi kedua secepat mungkin seperti yang dirancang oleh kerajaan. Ia diharap dapat memulihkan kembali ekonomi Negara yang semakin layu. Walau apa pun, keadaan ekonomi global kini menguji ketahanan rakyat di Negara ini yang sudah menempuh pengalaman yang sama beberapa tahun lalu.

23 Mac 2009, kolej kelima upm.