Wednesday, July 21, 2010

sahabat, teman, kawan, rakan...



ku tujukan lagu bingkisan rindu untuk zahidah, fatimah dan norazlinda...

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

...korang lah sahabat aku waktu aku senang, susah, bahagia, sedih, gembira dan sewaktu dengannya... dah 6 tahun kita berkawan, engkau sahabat, teman, kawan, rakan bagiku, jangan sesekali persahabatan kita terputus walaupun masing-masing punya kehidupan sendiri, aku akan ingat korang untuk selamya... semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat... i luv u all...

lagu sahabat sejati by unic...

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


kau, sahabat, kawan & teman by unic

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Huuuu....aaaaa.....

(ulang dari mula)

Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

sahabatku....


sewaktu bergaya dgn sahabat kelab ikhwan... diorang sume baik2... semoga kita adalah penegak agama Allah... amii..

Coretan untukmu insan yang aku sayang…

Sesungguhnya aku bersyukur padaMu ya Allah kerana kau mencampakkan cinta ke dalam diriku… aku tahu memang ini fitrah untuk diriku dan semua insan yang kau ciptakan. Ya Allah, seandainya dia yang aku cinta, dan dengan aku mencintainya aku dapat mencintaiMu lebih dari cinta kepadanya, restuilah cinta kami, permudahkan ikatan ini agar kami dapat bermujahadah ke jalanMU, agar kami dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba dengan sempurna…

Sewaktu dulu, dia datang kepadaku dan mengetuk pintu hatiku yang masih kosong dengan cinta, kecuali cinta kepada Allah dan Rasul. Aku memang teragak-agak untuk menerima cinta darinya, tetapi aku diuji dengan perasaan rindu, aku bagaikan tidak keruan ke sana ke mari. Aku tahu aku tidak layak untuk jatuh cinta kerana cintanya tidak menjamin masa depanku dan tidak boleh memberi apa-apa kepadaku kecuali cinta dan rindu kepada dia sahaja. Sungguh, sewaktu itu langkahku bercabang untuk memilih antara terima atau tidak. Aku sangat keliru dengan perasaan ku, hati ku mengatakan agar aku menerimanya, tetapi iman ku membentak keras aku melakukannya kerana iman ku membuat aku terfikir masa akan datang, ianya banyak risiko yang akan aku tanggung jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Sesungguhnya, hatiku dan akal warasku mengatakan cinta itu kebahagian, rupanya tanggapan ku meleset sama sekali. Tatkala dia meluahkan cinta, kali pertama titisan mutiara itu jatuh ke pipi ku kerana menghayati lafaz cinta dari seorang lelaki untuk pertama kali. Dari saat itu, nafsu yang menguasai hati ku, bukan lagi iman. Perlahan-lahan aku menerima cintanya walaupun tidak diucap dengan patah perkataan tetapi tingkah laku dan ekspresi wajahku jelas menggambarkan aku mencintainya sepenuh hatiku. Aku dan dia di alam fantasi yang indah, yang tidak dapat diucap dengan kata, tapi hati yang dapat merasainya. Sungguh, waktu itu aku merasakan diri ini benar-benar disayangi dan dicintai, aku juga berasa diri ini dilindungi. Sehingga disaat aku sujud pada yang esa aku terbayang wajahnya, Astaghfirullah... Masyaallah, hebatnya cinta yang kau lemparkan kepadaku wahai sang lelaki.

Hari-hari yang aku lalui hanya nikmat kebahagiaan, kadang-kadang aku terleka dek angan-angan palsu. Sehingga suatu ketika, aku terfikir, mengapa tidak ada sedikit pun perasaan ingin marah, apalagi membencinya? Aku hairan. Jika dalam persahabatan juga kadang-kadang terdetik juga perasaan gila itu. Tapi ditepis awal-awal bagi menjaga tali persahabatan yang dibina kerana ia adalah realiti persahabatan. Dalam keindahan alam cinta aku dan dia, aku menerima kekurangannya dengan rela hati kerana aku yakin kekurangan itu boleh diubah, jika dia lakukan kesalahan aku memaafkannya dengan hati terbuka dan selalu mencampakkan pesanan supaya jangan mengulangi lagi. Dia menerimanya dengan hati terbuka. Aku dan dia boleh dikatakan saling memahami, hingga aku rasa dia adalah milikku untuk selamanya. Kebahagiaan itu membuatkan aku sangat takut jika dia meninggalkan aku, kerana dialah cinta yang benar-benar duduk di dalam kalbuku. Setiap kali aku bersujud dan bermunajat kepada Allah, aku meminta agar dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan segalanya, semoga dia menjadi pendampingku di dunia dan insyaallah di akhirat. Itu impianku, menggunung tinggi.

Memang adat bercinta, sesekali teringin juga untuk memandang wajah dia, kadang kala ada juga dia menyampaikan hasrat untuk berjumpa dalam waktu yang singkat, dan sesekali aku yang pertama mengusulkan hasrat yang sama. Diawal percintaan kami, pernah aku menyatakan supaya kita tidak jadi pasangan kekasih yang terlalu bebas, seperti contoh yang ada didepan mata, ke sana ke mari dengan kekasih, sehingga ke tandas pun dengan kekasih. Kita perlu pandai membahagikan waktu bersama kawan-kawan dan belajar, kita jangan terlalu lalai dengan kisah percintaan ini yang tidak berpenghujung. Itulah antara janji-janji aku dengannya, dan dia menerima janji itu dengan hati yang terbuka. Aku sebenarnya ingin menjaga batas pergaulan, walaupun bercinta, aku mesti ingat, aku adalah seorang muslimah yang tidak akan jatuh ke tangan lelaki yang kebanyakan. Jadi dari awal aku sangat-sangat menjaganya supaya aku tidak terjebak ke lembah maksiat yang dibenci oleh semua dan terutamanya Allah swt. Ketika dia mengajakku ke luar berjalan-jalan aku akan memberi seribu alasan, kerana aku tahu, jika dia benar-benar sayang pada aku, dia tidak akan memaksa aku dan dia akan faham aku walau bermacam alasan yang aku berikan. Aku akan menjadi perempuan bodoh jika aku menuruti semua yang dipinta oleh lelaki yang belum digelar suami sedangkan aku tahu semua hukum hakamnya. Jadi aku menghadkan permintaannya. Aku sangat menjaga perhubungan ini dari pengetahuan orang ramai kerana kita semua tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Hanya sahabat yang terdekat sahaja yang mengetahui antara aku dan dia, bukan kerana aku malu menjadi kekasihnya, malah aku bangga. Mungkin dengan perasaan bangga itu telah terjadi sesuatu yang tidak terlintas dalam fikiranku, mungkin juga ini adalah ujian.

Suatu ketika, aku tahu dia sangat ‘fed up’ dengan tingkah aku yang mungkin kolot padanya, sedangkan di sekelilingnya, kawan-kawan dan sahabatnya ke sana ke mari dengan kekasih. Susah senang dengan kekasih. Mungkin dia merasakan naluri kelelakiannnya tercabar , kerana walaupun ada kekasih seperti ‘single’ dan mungkin juga dia merasakan aku menyayanginya hanya main-main. Aku dapat rasakan suatu hari nanti dia tidak akan sabar lagi dengan tingkah aku ini. Ada juga aku bertanya pada dia tentang ini, tetapi dia menafikannya, walaupun aku tidak berpuas hati dengan jawapannya, tapi aku cuba untuk memahaminya sebaik mungkin. Hanya dengan ini dapat mempertahankan hubungan aku dengan dia. Aku cuba untuk sabar dan terkadang terlintas di kotak minda ku sesuatu yang tidak aku inginkan, aku buang semuanya sepantas kilat.

Dalam aku cuba memahaminya, dia mungkin terlupa seketika pada ku dek kerana kesibukannya yang terlampau. Aku pun tidak tahu angin apa yang datang menyerangku menyebabkan aku jadi naik marah yang teramat. Dia cuba sedaya upaya memberi penjelasan, aku dapat menerimanya. Sehinggalah suatu hari, ada seorang hamba allah yang datang kepada ku menyuruhku supaya melakukan istikharah. Sebenarnya aku amat takut untuk melakukan istikharah kerana aku takut untuk menghadapi kemungkinan yang tidak diingini berlaku keatas diriku. Aku cuba menguatkan asaku, aku yakin, jika dia benar untukku, dia akan menjadi milikku di dunia dan insyaalah di akhirat. Jika dia bukan untukku, tidak ada gunanya aku berkasih sayang dengannya dalam masa yang lama. Memang tepat permintaan hamba allah itu kepada ku. Aku akan menerima dengan redha ketentuan illahi kerana ia terbaik buatku. Aku bermunajat kepada yang memberi cinta supaya memberi jalan yang bukan bercabang lagi, aku mohon supaya dipermudahkan dalam perhubungan ini jika dia benar untukku, dan jika sebaliknya, jauhkanlah ia dari ku serta jangan letakkan ia didalam hati ku untuk selamanya. Setelah dua kali aku melakukan istikharah, aku tidak mendapat apa-apa jawapan.

Dari hari ke hari yang aku lalui, aku melihat sikapnya padaku sedikit demi sedikit berubah. Aku terfikir kenapa ini boleh terjadi? Apa salah aku pada dia? Adakah aku tidak memahamimu? Mungkin dia ada perempuan lain? Masyaallah, aku lemparkan jauh-jauh apa yang terlintas difikiranku. Mungkin ini ujian Allah buatku. Aku cuba untuk bersabar. Sehingga suatu ketika, aku terlihat gambarnya dengan perempuan lain, aku dapati ramai kawan-kawannya menggosipkan dia dengan perempuan itu. Aku cuba untuk bertanya dia, kerana aku percaya dia, hanya jawapan darinya adalah jawapan yang tepat. Aku bertanya pada dia dengan baik dan hemat supaya dia tidak tersinggung dengan pertanyaanku. Dia menafikannya. Memandangkan aku percaya dia, jadi aku terima jawapannya. Setelah beberapa lama, aku dapati gosip dia dengan perempuan tersebut masih melingkari perhubungan kami, malah lebih hebat dari sebelum ini. Naluri keperempuananku tersentuh, seperti semua orang tahu, wanita adalah makhluk paling perasa, paling sensitif,sehingga tatkala hatinya tersentuh, pasti akan mencari jari yang menyentuhnya. Sekali lagi aku cuba bertanyanya tentang ini, sekali lagi dia menafikannya. Jawapannya memang tidak memuaskan hati, walaupun aku tidak bahagia dengan jawapannya, aku cuba mencari kebahagiaan di balik perasaanku, meski terkadang perasaan itu hanya penipuan semata dan membuatkan aku terpaksa menelan pil yang sangat pahit. Di saat ini, air mata menjadi temanku, walaupun pada zahirnya mataku setiap saat tidak mengeluarkan air mata, tapi hatiku tidak pernah berhenti menangis. Aku memang tidak boleh bersendirian. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri dan menarik diri dari belenggu kasih sayang seorang lelaki yang tidak tahu pucuk pangkalnya. Pernah sekali aku minta mengundur diri dari perhubungan ini, tetapi dia masih mempertahankannya. Aku tahu semua ini dia yang memulakannya dulu, dan biarlah dia yang mengakhirinya.

Mungkin dengan keputusan yang aku buat itu boleh mengubat perasaan sedih yang aku rasai. Tetapi anggapanku selalu meleset, malah ia sangat pedih, bukan sahaja pahit yang aku rasai. Aku terlihat dia bersama dan bermesra dengan perempuan itu. Waktu itu, hatiku hancur, serta merta aku ingin mati. Aku tak sanggup melihat dia bersama perempuan itu. Dia meminta maaf dengan ku, dan menyatakan dia masih kawan dengan perempuan tersebut. Mulai dari pertemuan yang pedih itu, aku tidak percaya lagi pada dia, aku lempar jauh-jauh kepercayaan terhadapnya. Aku berjanji pada diriku, aku tidak akan mengambil orang sepertinya sebagai suamiku kerana dia sanggup mengkhianatiku semudah itu. Mungkin juga semua ini hanyalah pembalasan untukku jika dia mendengar khabar buruk dari orang lain tentang diriku sekalipun, jangan balas aku dengan balasan yang sebegini sebelum mendengar penjelasan sebenar dariku. Aku hanya sekuntum bunga, aku tidak mampu untuk mengejar kumbang yang terbang tinggi ke mana saja yang ingin ditujui. Mulai saat itu, aku bertekad untuk menjauhkan diri darinya supaya perempuan yang dipilihnya tidak mengetahui antara aku dan dia pernah ada satu ikatan. Aku yakin, perempuan itu tidak tahu tentang aku, aku tidak pernah sedikit pun menyalahkan perempuan itu. Aku juga tidak mahu tampilkan diri tatkala mereka sedang ralit dalam kebahagiaan, bukan aku tidak ingin membela cinta aku, tapi aku tak terdaya untuk membela diriku sedangkan dia tidak memilih aku, dan aku juga tidak ingin perasaan perempuan itu hampa disebabkan satu perasaan yang telah tertanam dalam dirinya setelah aku hadir. Biarlah mereka dengan dunianya, lagipun dia memilih jalan itu untuk meneruskan kehidupannnya walau sedang hati ku hancur lumat.

Ya! Mungkin inilah jawapan kepada istikharahku dan mungkin juga ini ujian buatku. Aku redha atas segalanya. Aku tidak boleh sentiasa menangis dengan apa yang diuji Allah kerana aku sudah berjanji untuk menerima segalanya. Aku harus menjadi seorang yang kuat pada mental dan fizikal. Aku tidak boleh jatuh hanya kerana seorang lelaki. Memang tidak dapat dinafikan, aku masih sangat-sangat sayang pada dia, dan tidak ada lelaki lain dengan mudah untuk bertakhta di hatiku ini. Tidak semudah dia menggantikan aku dengan perempuan lain dihatinya. Memang bodoh pada pandangan orang lain, tapi semua ini tak bermakna aku boleh menerimanya kembali dan masih ada peluang kedua buatnya. Mulutku mengatakan maaf padanya tapi hatiku tidak pernah memaafkannya. Seharusnya kita perlu sentiasa memaafkan orang lain walau sebesar mana kesalahnnya kerana manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kekhilafan, dan kita juga tidak tahu bila kita akan mengadap illahi, jika tidak dimaafkan semua itu tidak terlepas dari kita. Aku harapkan dia bahagia dengan perempuan pilihannya itu, dan jangan sesekali jatuhkan air matanya disebabkan sikapmu kerana dia perempuan seperti aku, perasaannya dan hatinya rapuh. Itu doaku dan jangan sesekali terlintas wajahku disaat kau bersamanya, pasti hancur hati seorang wanita, jangan sesekali cuba untuk mencari aku lagi kerana aku tidak sedikit pun memerlukanmu diwaktu ini dan masa akan datang yang aku lalui. Jangan juga kau mensia-siakan perempuan itu, kerana dia juga manusia seperti engkau wahai lelaki. Terima kasih kerana pernah membahagiakan aku, pernah mengajar aku bagaimana erti rindu, pernah juga mengajar aku suka duka dalam cinta. Terima kasih…aku tidak akan pernah melupakan semua itu.

Aku ingin berpesan kepada muslimah-muslimah sekalian, berhati-hati terhadap dua perkara dalam diri seorang lelaki, pada mata dan kata-katanya. Matanya akan menyeretmu masuk ke dalam cintanya dan dirimu akan terjerat di sana, dan kata-katanya pula akan membuat jerat dan perangkap itu. Berhati-hati juga dengan cinta seorang lelaki, kerana ia hanya kepura-puraan semata. Lelaki akan menyerahkan cinta untuk mendapatkan segalanya dari seorang perempuan, dan wahai saudariku jika kamu terjerat dengan cintanya kamu akan serahkan segalanya hanya untuk mendapatkan cinta. Sesungguhnya cinta yang abadi itu tidak lain, hanya cinta kepada Allah swt pencipta cinta.

Ya Allah peliharalah aku dari dosa yang terkutuk, yang membawa aku ke lembah hina… aku takut dengan azab dan seksaanMu yang amat pedih, aku tidak mampu menghadapinya… tapi ya Allah aku juga tidak layak ke syurgaMU yang indah dan penuh nikmat itu. Ampunilah segala dosaku yang lalu, yang terkadang sedetik lalai kepadaMU ya Allah. Aku hanya insan biasa yang sering alpa dengan nikmatMU, aku bersyukur kerana kau menyedarkan aku terlebih dahulu sebelum aku menghadapMU. Maafkan segala kekhilafan semalamku, hanya engkaulah tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

..tulisan ini bukan untuk dituju untuk sesiapa, tetapi untuk peringatan diri sendiri.

~EFZAIN~

30 April 2010, jumaat, villa angsana, 00:00am

Moral of the story, jangan terlalu percaya pd lelaki… tulisan ini adalah cerita yang direka...