Monday, December 2, 2013

sayang anakku...

03 Disember 2013, genap 22 minggu anak mama bersama mama…

Alhamdulillah, anugerah Allah yang tak ternilai untuk mama dengan ayah. Setiap hari ayah bertanya khabar, “apa khabar anak ayah hari ni?” walau ayah tahu adik belum lagi lahir… tetapi ayah selalu ridukan adik…

Mama pun menyambung pengajian, ayah pun sama… adik hari-hari ikut mama masuk kelas. Penat sama-sama. In sha allah, mama doakan adik jadi seorang yang kuat, sentiasa gigih dan tabah mengharungi cabaran setelah adik lahir ke dunia.

“Ya Allah, ini rezekiMu yang engkau anugerahkan untuk kami…
kami hanya meminjam rezeki ini sebagai amanah Allah yang dipertanggungjawabkan.
Permudahkanlah aku untuk melahirkan zuriat yang engkau kurniakan ini… amen..”

Ini adalah pengalaman yang sangat berharga dalam hidup kami. Syukur yang tak terhingga untukMU…

Mama yakin, walau susah macam mana yang harus mama lalui,, tapi Allah tahu kebolehan mama. Allah dah banyak permudahkan mama…

Mama kuat untuk hadapi segalanya…

Mama hebat dalam mengatur hidup…

Doa yang jadi penguat mama,

Ayah pendorong hidup mama,

Ayah sangat sabar orangnya…

Adik yang terbaik untuk mama dan ayah…

Alhamdulillah… 

"لا اله الا انت سبحانك إني كنت من الظلمين"