Monday, December 2, 2013

sayang anakku...

03 Disember 2013, genap 22 minggu anak mama bersama mama…

Alhamdulillah, anugerah Allah yang tak ternilai untuk mama dengan ayah. Setiap hari ayah bertanya khabar, “apa khabar anak ayah hari ni?” walau ayah tahu adik belum lagi lahir… tetapi ayah selalu ridukan adik…

Mama pun menyambung pengajian, ayah pun sama… adik hari-hari ikut mama masuk kelas. Penat sama-sama. In sha allah, mama doakan adik jadi seorang yang kuat, sentiasa gigih dan tabah mengharungi cabaran setelah adik lahir ke dunia.

“Ya Allah, ini rezekiMu yang engkau anugerahkan untuk kami…
kami hanya meminjam rezeki ini sebagai amanah Allah yang dipertanggungjawabkan.
Permudahkanlah aku untuk melahirkan zuriat yang engkau kurniakan ini… amen..”

Ini adalah pengalaman yang sangat berharga dalam hidup kami. Syukur yang tak terhingga untukMU…

Mama yakin, walau susah macam mana yang harus mama lalui,, tapi Allah tahu kebolehan mama. Allah dah banyak permudahkan mama…

Mama kuat untuk hadapi segalanya…

Mama hebat dalam mengatur hidup…

Doa yang jadi penguat mama,

Ayah pendorong hidup mama,

Ayah sangat sabar orangnya…

Adik yang terbaik untuk mama dan ayah…

Alhamdulillah… 

"لا اله الا انت سبحانك إني كنت من الظلمين"

Sunday, September 22, 2013

setelah sekian lama...

assalamualaikum..

salam ukhuwah...

sudah lama tidak menjenguk blog.. rindu untuk meluahkan perasaan... ecece...
memandangkan masa tidak mengizinkan untuk ber'blogging', terpaksa akur lah.
tahun yang terlalu lalu lalu sibuk untuk aku lah,,, sbb time management tu fail ckit. jadi inilah yang hidup tak tentu hala.

alhamdulillah. tahun yang indah untuk diri ini. ini adalah satu anugerah unyuk diri sendiri.
bulan januari aku ditawarkan bekerja, bulan tu juga aku di takhtakan sebagai seorang permaisuri untuk seorang pemuda yang kacak lagi segak, dia ialah MOHD NASUHA BIN AB HALIM.
terima kasih allah kerana engkau telah memilih jodoh yang terbaik untuk aku, yang dapat mendidik aku menjadi wanita syurga...
semua ini terjadi dengan ketentuan MU.

aku sekarang sudah bertukar status, dari single jadi isteri, guru, pelajar, suri rumah tangga, dan in sha allah tak lama lagi bakal jadi ibu... alhamdulillah.. semua ini rezeki dari MU ya allah.
dan sekarang ini juga sibuk dengan belajar.. life long learning lah ye... he4

untuk kali ini... sampai di sini saja lah. umur panjang dan murah rezeki kita bercerita lagi..

ilalliqa'...