Sunday, August 9, 2009

PENGALAMAN MENGAJAR ERTI HIDUP…

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Tidak beriman seseorang itu hingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri”
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Jelas dan terang disini bahawa hadis ini mengungkap mengenai adab yang baik bagi seorang islam terhadap saudaranya supaya silaturrahim dan kasih sayang terjalin dengan baik dan damai dalam masyarakat.
Dalam tulisan ini, aku tidak ingin menghurai mengenai hadis ini dengan panjang lebar, Cuma aku harap hadis ini sebagai renungan dan peringatan kepada aku dan kita sesama muslim di muka bumi ini sebagai khalifah. Lebih kurang 21 tahun aku dilahirkan dan hidup di muka bumi Allah SWT ini. Banyak peristiwa yang berlaku sebagai pengajaran yang mengajar aku erti hidup yang sebenar. Kadang-kadang aku bingung dengan peristiwa yang berlaku di depan mata aku. Kadang-kadang juga aku bingung dengan diri sendiri kerana aku tertanya-tanya apakah peranan aku sebagai manusia yang hidup dan beraqal di dunia ini. Contohnya macam ni lah, tadi (26/07/2009, ahad jam 15.40pm di Putra Foodcourt, UPM) aku, linda dan kak tie pergi sana untuk makan, sebelum ni tak pernah pun kami makan kat sana terus. Tapi entah hari ni terdetik di hati rasa nak makan terus je kat sana. Ketika kami sedang asyik menikmati minuman (maknanya da habis makan la), ada seorang pelajar baharu sedang tercari-cari sesuatu. Orang yang pertama tengok adalah kak tie. Kak Tie pun bagitau kami pasal budak tu, rupa-rupanya dia hilang telefon bimbit. Memang pada riak wajahnya sungguh mencemaskan. Kami semua pandang budak ni dalam keadaan yang cukup cemas. Budak tu minta pertolongan dengan mak cik yang masak dekat café tu la, minta handphone untuk menghubungi telefon dia kot ada dalam beg. Tapi telefonnya dah ditutup. Si budak ni tidak tahu lagi untuk melakukan sesuatu, akhirnya dia menangis (kami bertiga tetap dalam keadaan sama, statik dan hanya tau memandang situasi, macam orang tak betul pun ada hehe).
Sesuatu yang berlaku itu boleh juga diumpamakan seperti “pelakon teater dipentas,dan aku adalah penontonnya”. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku dalam situasi tadi memang cukup memberi pengajaran untuk kami semua kerana pada hakikatnya kami tak sepatutnya duduk dan lihat. Ini merupakan tindakan yang tak wajar bagi pelajar senior.
Erm nak sambung lagi cerita ni, lepas kami balik kami pun bermuhasabah, kenapa kami kaku masa kejadian yang Allah tunjukkan dihadapan mata kami? Adakah kami tak biasa dengan situasi tersebut? Tak perlu lah saya menjawab kerana jawapan itu ada di tangan saya dan anda yang membacanya. untuk peringatan aku dan semua, jika berlaku situasi yang begini cubalah untuk bertindak secepat mungkin kerana kita tidak tahu jika sebenarnya kita boleh tolong orang tersebut. Cuba bayangkan jika kita di tempat orang tersebut, apa perasaan kita jika orang di sekeliling kita buat tak tahu je? Masyaallah tak tahu nak kata kan. Sepatutnya kita haruslah ringankan tulang untuk berada dalam situasi cemas seperti situasi yang saya ceritakan.
Rasanya cukup untuk hari ini…. Bertemu lagi…

No comments:

Post a Comment

2013 sehingga 2019

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...