Assalamualaikum wbt…
Pertama
sekali aku nk ucp syukur yg tak terhingga kepada Allah swt, kerana aku di beri
nikmat yg baaaaanyak selama aku diberi peluang hidup… Alahmdulillah, terima kasih ya Allah.
Kali
ni nak bercerita sambil2 merenung apa yg ptt direnung. Walaupun blog aku memang
tak ada pembaca, tapi aku suka menulis, aku yg jd penulis dan aku jd pembaca,
hehehe itu biasa la kn. Walaupun ia dah lapuk, jika di singkap kembali, kadang2
ia jadi motivasi kepada diri. Itu lah kelebihn apa yg kita tulis wktu idea dtg.
Rasa2nya
hari ini aku nak bercerita tentang kerjaya. Kerjaya ni jadi satu aspek yg besar
dlm khidupn kita memandangkan dunia skarang ni perlukan duit untuk hidup, jadi
utk cari duit kena ada kerjaya. Tak kira la kerjaya apa skali pun, guru,
petani, tukang rumah, jurutera, mekanik, doctor, dan semua jenis kerjaya lah.
Yang penting ia halal dan boleh menampung kehidupan seharian.
Aku
pulak minat dalam bidang pendidikan, aku nak jadi pendidik. Tapi peluang untuk
jadi pendidik tu tak de lg. bukan aku tak de kelulusan dalam bidang ni, tapi
rezeki tak de lagi. Aku minat pendidikan bukan kerana ia kerja sekerat hari,
bkn kerana cuti bnyak, bukn kerana hanya msuk n keluar kelas, tak de input yg
pelajr dapat, bukan kerana tu. tapi, aku minat sebab aku fikir dunia pendidikan
ni sangat mulia pada pandangan aku. bukan kerana aku tak de kerja utk aku jd
pendidik.
Kita
jgn fikir sbb tak de kerja kita msuk dalam bidang pendidikan, itu salah
sebenarnya. Bidang pendidikan ni, ia sesuatu yg mencabar utk kita kendalikan.
Kenapa aku kata ia sesuatu yg mencabar. Cba anda bayangkn, jika apa yg anda
smpaikan kepada pelajar Sesuatu yg anda “agak2”, dan anda tdk pasti serta tiada
keyakinan dalam input yg disampaikan, ia akan memberi kesan kpd ramai individu.
Cthnya: pelajar anda bertanyakan tentang sesuatu hukum agama, dan anda kurang
pasti dgn hkum tersebut, jadi utk mengelk dr pelajr melabelkan anda “TIDAK
TAHU”, anda menjawab sekdr agk2. Awas! Apa yg anda lakukan sebenrnya salah dan
pelajr2 anda tlh memegang hkum yg d tnya td sampai bila2.
Berapa
ramai di luar sana yang bijak dlm akademik, tapi akhlaknya K.O… adakah ini
matlamat anda jika anda menjadi seorang guru???
Ketika
aku diploma dulu aku dlm bidang pendidikan, dan aku telah membuat kajian ilmiah
tahun akhir aku tentang “Menilai Keberkesanan Pendidikan Islam Dalam
Pembentukan Akhlak Pelajar”. Bagi aku la kn, sangat menarik tajuk ni.
Nak
tau knpa aku kaji tentang pendidikan islam??? Sbb ak fikir, di sekolah bg
pelajar islam, ia dibekalkan dengan pendidikan islam, pendidikan syariah
islamiah, pendidikan al-quran dan as-sunnah, tasawwur islam. Semua ini benda yg
tidak lari dari aspek asuhan didikan akhlak islam. MENGAPA GEJALA SOSIAL
PELAJAR MELAYU ISLAM MAKIN MENINGKAT?? Adakah ia salah guru yg mengajar di
sekolah?? Atau salah ibu bapa yg mendidik?? Atau salah kerana suasana kehidupan
masyarakat yg terlalu taasub pada hedonisme?. Semua ini menjadi persoalan pada
semua. Mengapa ia terjadi???
Aku
mulakn dgn guru mengajar di sekolah. Pertama, seorang guru yg mengajr harus
mempunyai mint utk mengajr dan mencurahkn ilmu. Jika tiada minat, matlamat
pengajaran dan pembelajaran (P&P)
hanya utk mncapai prestasi tinggi di sekolah, yg pnting sume plajar aku mengajr
lulus. Yg ke2, cara penyampaian guru. Jika minat tlh ada, cara penympaian guru
sudh smestinya akan menyeronokkan pelajr, dengan gaya, cerita, contoh2 dan
sbgnya. Dgn ini ia menjadi 1 kesn positif kpd pelajr. Tetapi, anda semua harus
ingt, minat pelajr utk belajr bkn 100% terletak pd guru, tapi ia terletk pada
diri pelajar dan ibu bapa di rumah. Para guru sekalian, anda harus ingt,
setelah anda di label sebagai “CIKGU, GURU, PENSYARAH dsb”, anda harus menjaga
akhlak, tingkah laku, perangai, pakaian dsb di mana saja anda berada, kerana
anda menjadi contoh bkn hri ini shj, tetapi utk slama2nya. Mungkin anda tidak
kenal pelajr anda sleps ia tdk mnjdi pljr anda, tetapi mereka knl anda
selamanya…
Jika
kita kata salah ibu bapa dalam mendidik anak2, ak akn kta 90% ya, dan 10% tidak. Bagi aku, ni pndapat aku la
kn, pelajr ni dia akn ada mint utk belajr bermula dr rumah krn sejak mula dia
knl dunia, dia knl ibu bapa dulu sblm kenal bnda2 lain. Ibu bapa lah yg
membentuk dan mendidik serta mencorak nk jd apa anknya. Tp mungkin la dunia skrg
pmbntu rumh dan pengasuh ank2 yg mendidik, ibubapa sibuk bekerja siang mlm
smpai anak dh dewasa pn tak sedar.
Ada
1 cerita, aku pernah mngajr di sebuah sekolah menengah, seorg pelajr dtg pada
aku dan meminta aku tolg dia, ak mcm biasa la on je tlg2 org tp jgn
melampau-lampau. Hehehe. Mcm ni dialog aku dan bdk tu.
Budak tu : ustazah, sy nk minta tlg
ustzah sikit boleh?
Aku : boleh, apa dia?
Budak tu : sy nk minta ustzh blikn
sy alat menguji kehamilan.
(muka aku yg tunduk kt buku, tiba2
terangkat, mata aku jd bulat mcm bola, tp wt rilex je sbb skolah ni biasa bnda
mcm ni)
Aku : knapa awk minta sy yg belikan?
Cikgu lain yg dh kahwin kn ada.
Budak tu : sy malu dgn cikgu lain,
dgn ustazah je boleh, nnti sy kna mrh. Tapi jgn bgtau cikgu lain
Aku : dgn sy awk tak takut? (mungkin dia x tkut dgn aku sebb aku ni cikgu
sementara, dan kalau aku mrh dia, dia tak teragk2 utk pgl geng2 dia utk sekat
ak tgh jln, sbb ak dh d ingt kn awl2 oleh ckgu lain.)
Budak tu: tlg la sy ustazah…
Aku : ustazah tak boleh tlg, ustzh x
kahwin lg, dan ustazah x kenal pn bnda tu mcm mna.
Dia pergi dengan hampa… yesss!! Aku
menang…
Kesimpuln
drpd cerita td, pelajr skarg tak malu pd cikgu dengan perbuatan dia, dan mgkin
apa yg dia lakuan tidak diketahui ibubapanya. Ibubapa zaman moden yg sibuk
mengejr kerjaya tidk pernah bertanya apa yg dilakukan anak2 seharian di luar
sana. Kalau kita salahkan pelajr sendiri, bkn slhnya. Dia budak2 yg bru nk
belajr mcm2, perlukan bimbingan dr ibubapa terutamanya, guru, rakan2, suasana
dan sbgnya. Jika ibubapa dah menitik beratkan tentg pndidikn akhlk islam d
rumah, mungkin mereka salah pilih rkn yg tak terdidik dgn baik oleh ibubapa
mreka, suasana di rumh dan sekolah mnjdi fktor kejatuhn akhlk dan moral pelajr
jgk.
Habis
dh aku rasa… kalau anda ingin komen, komen lah kat bwh ye… apa yg salah
betul2kn, apa yg betul amal2kan… yg buruk jdkan iktibar, yg baik jdkn
pengajarn.
Lengoh dh braso ngepek ni…
heeeeeeeeeeee
kak ada pengalaman seperti ini? wahhhhhh... agak terkezut ada jugak budak yg gtu ... maybe sbb kita bukan duduk dlm surrounding macam depa kan.. aduhai remaja...
ReplyDeletehe3.. itulah realiti kehidupan dunia moden tanpa batasan. klu kita sekat itu ini, kta mak ayah suka mengongkong, klu xkawal kan itu lh jdnya. hidup ikut suka. dh xde ape2 bru nak menyesal. jd, sume xde guna dh. lebh baik didiklh anak dengan agama dan al-quran. in sha allah selamat dunia, dan akhirat... heeee
ReplyDelete