03 Disember 2013,
genap 22 minggu anak mama bersama mama…
Alhamdulillah,
anugerah Allah yang tak ternilai untuk mama dengan ayah. Setiap hari ayah
bertanya khabar, “apa khabar anak ayah hari ni?” walau ayah tahu adik belum
lagi lahir… tetapi ayah selalu ridukan adik…
Mama pun menyambung
pengajian, ayah pun sama… adik hari-hari ikut mama masuk kelas. Penat sama-sama.
In sha allah, mama doakan adik jadi seorang yang kuat, sentiasa gigih dan tabah
mengharungi cabaran setelah adik lahir ke dunia.
“Ya Allah, ini
rezekiMu yang engkau anugerahkan untuk kami…
kami hanya
meminjam rezeki ini sebagai amanah Allah yang dipertanggungjawabkan.
Permudahkanlah
aku untuk melahirkan zuriat yang engkau kurniakan ini… amen..”
Ini adalah pengalaman
yang sangat berharga dalam hidup kami. Syukur yang tak terhingga untukMU…
Mama yakin, walau
susah macam mana yang harus mama lalui,, tapi Allah tahu kebolehan mama. Allah dah
banyak permudahkan mama…
Mama kuat untuk
hadapi segalanya…
Mama hebat dalam
mengatur hidup…
Doa yang jadi
penguat mama,
Ayah pendorong
hidup mama,
Ayah sangat sabar
orangnya…
Adik yang terbaik
untuk mama dan ayah…
Alhamdulillah…
"لا اله الا انت سبحانك إني كنت من
الظلمين"
FATIMAH..! I LOVE YOU
ReplyDelete