Thursday, July 23, 2009
PERJUANGANKU...
16/07/2009, jam 15.30 pm berakhirlah perjuanganku di Universiti Darul Iman Malaysia... aku dicanang dan dididik dengan baik agar aku menjadi seorang pejuang bahasa. Alhamdulillah, setelah 3 tahun aku bertungkus lumus untuk mendapatkan ilmu itu, saat ini aku berjaya meraih kejayaan... segala halangan dan ujian ku tempuh dengan sabar dan redha... tapi sayangnya hari ini ibuku tidak dapat bersama-sama aku kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, namun aku tidak simpan semua ini dalam hati, aku tahu ibuku faham perasaanku dan memberitahuku dengan hati-hati dalam kata-katanya... saat aku lihat ibu sahabat-sahabatku di bangku, setitis air mataku gugur, aku tidak jemput sebutir air mata itu, tapi ia datang dengan tidak sengaja... walau bagaimanapun, segalanya berjalan dengan lancar, aku gembira bersama sahabat-sahabatku walau tanpa ibu dan keluargaku... insyaallah aku akan menunggu saat meraih kejayaan untuk ijazah sarjana muda pada tahun 2011 nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2013 sehingga 2019
assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...
-
Sesungguhnya aku bersyukur padaMu ya Allah kerana kau mencampakkan cinta ke dalam diriku… aku tahu memang ini fitrah untuk diriku dan semu...
-
Pada tahun 2007… Da lama dah la, kira2 dalam 4 tahun yang lepas… waktu tu aku di semester 4 nak naik sem 5, masa ni diploma kat UNISZA t...
-
JANGKAAN PEROLEHAN KAJIAN Kajian ini adalah berbentuk kajian perpustakaan yang menyediakan buku-buku rujukan dari perpustakaan dan rujukan d...
No comments:
Post a Comment