Monday, March 30, 2009

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang kalam iftitah yang indah dilafaz,
Assalamualaikum warahmatullah kalam pertama ku hulur…


Pertama sekali aku mohon maaf andainya kalam yang akan aku sampaikan satu kebetulan dengan cerita si pembaca yang menghayati setiap bait-bait ayat ini. Aku tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa, tapi sekadar meluahkan apa yang terbungkam di hati. Aku sering terfikir tentang apa yang ada dihadapan ku. Aku tertanya-tanya kenapa begini? Kenapa sering berlaku? Apa ni? Soalan yang tiada jawapan. Namun, di sini aku cuba ingin meluahkan apa yang terlintas sebagai jawapan untuk soalan itu. Aku rasa tak mungkin itu adalah jawapan tapi tak mengapa kita mencuba dan insyaallah penilai yang akan menilai mengetahuinya. Faham ke apa yang akan aku katakan? Tak kan? Tak mengapa, aku akan ceritakan apa yang bermain-main dalam kotak minda ku. Nak aku teruskan ke? Macam boring je! Nanti dulu! Jangan kata boring dulu, ni baru kata mukaddimah, tajuk pun tak masuk lagi. Erm ni mesti nak tahu pasal tajuk pulak… kan? Erm tak de tajuk. Aku ni sekadar nak mencipta artifak karangan yang akan aku simpan, tapi bukan di muzium la, dalam lap top ni je. Tak pe la dikira artifak juga la.

Baiklah aku akan mulakan apa yang akan aku ingin olahkan. Aku ni dikira orang yang suka berjalan-jalan la, tapi nak kata tiap-tiap minggu tu tak lah. Cuma sekali sekala… boleh la… kadang-kadang aku sengaja pergi berjalan-jalan pada hujung minggu, tak de buat apa pun cuma tengok-tengok dunia luar je. Suatu hari kaki aku berjalan-jalan, mata aku tak kalah lajunya melilau apa yang lalu depan aku. MASYAALLAH, hebat sangat-sangat remaja sekarang. Ish ASTGHFIRULLAH, masalah juga ye mata ni… Masalah ke? Tak pandai jaga masalah la. Tapi kalau pandai jaga ALHAMDULILLAH la jauh dari dosa. Eh berbalik pada remaja yang nak aku cerita ni. Sebenarnya aku bukan nak mengumpat, erm tapi ada yang salah anggap tu lantak diorang la. Cerita ni bukan tuju untuk sesiapa dan khusus bagi orang yang akan aku fokus. Cuma sebagai peringatan untuk kita semua yang bergelar “REMAJA MUSLIM DAN MUSLIMAH”. Hebat jugak istilah tu. tapi sesuai ke untuk remaja yang kat luar sane tu? Jijik la. Maaf erk, kasar sikit. Tapi memang itu yang patut untuk diorang semua. Ha ni baru nak masuk apa yang aku nak cerita… tak sabar ye… erm macam ni, mesti anda semua pernah melihat remaja yang diluar sana buat maksiat. Eh kira maksiat la senang walaupun di tempat terbuka macam pasaraya dan banyak lagi la.

Aku duduk di kerusi yang tersedia dalam pasaraya tu, aku suka pandang apa yang lalu lalang depan aku. Aku perhati, aku berfikir dan aku cuba membuat kesimpulan. Eh tak kan dah kesimpulan kot!!! Bukan maksud aku dengan apa yang aku tengok la aku da dapat agak la apa yang tersurat dan tersirat. Boleh dikatakan kesimpulan kecil la… Macam ni ceritnya, masa aku tengah pandang dan sedikit termenung la memandang sekeliling aku terpandang banyak anak muda berpasang-pasangan yang sibuk bercinta, aku tahu dan aku faham perasaan anak muda yang ingin disayang dan menyayangi sebab aku pun sebaya umur tu jugak. Walaupun aku seusia mereka tapi ALHAMDULILLAH, Allah masih menjaga aku dari terjerumus seperti mereka yang tiada segan silu dipegang sana sini oleh sang lelaki. Dari itu dalam minda aku mula timbul satu soalan kenapa mereka jadi begini? Yang perempuan tidak ada perasaan malu dirangkul kemas pinggang yang sungguh cantik, yang lelaki pula puas dengan apa yang diperolehinya. Aku yang melihatnya sungguh jijik kerana ini semua tidak patut terjadi dalam masyarakat kita yang terkenal dengan sifat malu dan sopan santun bagi perempuannya. Selain itu, kita juga mempunyai adab yang sungguh dikagumi.

Berbalik kepada persoalan tadi. Aku tidak tahu apa yang ingin aku komen, kalau aku komen lebih-lebih kan orang kata pulak aku ni jenis yang semua ambil tahu, em nanti ada pula yang kata mak ayah aku pun tak pernah ambil peduli. Kalau ada yang macam ni, aku mungkin boleh tengok dan berdoa je lah, kalau aku tegur kan ada pulak yang panggil gangster serang aku, tak pasal-pasal aku yang kena belasah beb, dapat penyakit free. Satu lagi yang aku pelik kenapa la yang perempuan ni tak sayang sungguh pada diri? Bagi je mana-mana lelaki pegang, Diorang tak jijik ke kat lelaki tu? entah-entah lelaki tu berapa banyak perempuan dah yang dia sentuh. Wahai WANITA melayu yang anggun, MUSLIMAH yang digelar, sedarlah!!! Lelaki-lelaki tu semua sengaja nak melepaskan nafsu je belum tentu dia adalah SUAMI kita. Wahai PEREMPUAN-PEREMPUAN!!! Semua yang engkau lakukan itu HARAM di sisi ISLAM. Sekali lagi aku ulang dengan penuh kelembutan, HARAM di sisi ISLAM, HARAM dan BERDOSA BESAR di sisi ISLAM. Dengarlah wahai diri yang merasakan dirinya beragama islam, dengarlah dengan hati yang menerima, dengan minda yang terbuka. Wahai yang menggelar dirinya muslimah, engkau tahu bahawa dengan dirimu boleh menjatuh bagunkan sesebuah Negara, dengan dirimu juga boleh mengoncang dunia, dengan dirimu juga boleh merubah segala-galanya. Tapi sedarlah wahai yang bergelar muslimah, dengan dirimu juga lelaki-lelaki boleh jatuh ke tangan mu tidak sewenang-wenangnya.

Aku rasa tak habis lagi aku nak bercakap ni, tak mengapa aku akan ungkap apa yang ada di mindaku ini wahai yang mengaku dirinya muslimah. Disini aku juga ingin sangat-sangat menyentuh mengenai AURAT, aku tahu aku tak akan bercakap mengenai yang diluar sana. Cuma aku meneliti dan menghayati di kawasan kampus aku saja. Suka aku ingin katakan disini, aku tahu dan aku sungguh yakin bahawa kebanyakan daripada muslimah yang ada di kampus ini tahu mengenai mana yang halal dan mana yang haram tentang aurat ni. Mesti tertanya-tanya kenapa aku membuat fakta sebegitu? Ye! Pernah aku duduk bersembang dengan yang mereka-mereka yang tidak menjaga sangat aurat ni. Diorang memandang aku, dan aku perasan dengan apa yang dilakukan diorang kerana selepas itu mereka bertanya aku tentang kenapa suka berpakaian FORMAL walaupun masa tu waktu malam. Mudah aku menjawab, atas setiap keselesaan individu la nak berbaju kurung walaupun waktu malam. Aku hairan kenapa diorang menganggap aku berbaju kurung atau berjubah dianggap formal walaupun masa itu bukan dalam majlis ataupun kelas. Bagi aku ia bukan sesuatu yang pelik dan sudah menjadi kebiasaan dididik untuk menjaga aurat. Aku akan tegaskan disini mengenai “AURAT”. Mereka-mereka yang berkata dan bertanya pada aku pasal tadi cukup lancar mengeluarkan dalil dalam Al-Quran mengenai setiap wanita wajib melabuhkan tudungnya melebihi paras dada (kalau tak silap aku surah an-nisa’). Terkejut aku diorang lancar kat mulut dalil tu, aku pun samar-samar lagi nak mengingat dalil tu sedangkan mereka menganggap aku banyak ilmu agama disebabkan aku berpakaian begini. MASYAALLAH, hebat rupanya mereka. Kenapa tidak menggunakan kehebatan itu untuk membela ISLAM? Sayang sungguh… Wahai diri yang menggelarkan dirinya muslimah, jangan la terlalu ketat pakaian, seluar tu cuba-cuba la tambah kain sikit, baju pun sama jugak, kain sekarang setahu aku tidak lah mahal sangat. Aku bukan nak kata aku banyak duit beli baju kain lebih, tapi entahlah suka tengok pakaian aku bukan macam pembalut nangka. Longgar dan selesa serta mudah nak urus diri. Orang tengok pun tak lah menjolok mata. Erm tapi kalau pakai ketat-ketat ni faham-faham lah banyak mana lelaki dah tak tau tengok, sebab bagi diorang seronok tengok-tengok ni (bagi yang tak reti bahasa la). Pakailah biar padan dengan kita, walaupun wajah pada pandangan manusia kita tidak cantik mana, biarlah aurat dan diri kita terjaga. Itulah kecantikan dirimu kerana penilaian kecantikan yang kita inginkan bukanlah penilaian pandangan mata manusia, tapi penilaian di hadapan yang MAHA ESA hari esok. Pilihlah wahai yang menggelarkan dirinya muslimah. Sayangi diri hiasi peribadi dengan akhlak yang terpuji…engkau lah segalanya WAHAI MUSLIMAH…


..tulisan ini bukan untuk dituju untuk sesiapa, tetapi untuk peringatan diri sendiri.


30 Mac 2009, Isnin, kolej kelima, UPM serdang…

No comments:

Post a Comment

2013 sehingga 2019

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...