Sunday, January 23, 2011

my pets...






yang ni kucing mesir dan parsi heheheh.

Binantang yang paling aku suka ialah kucing. Aku tak tau lah jampi serapah apa yang dah kucing bagi kat aku sampai aku suka sangat2 dengan kucing. Hari ni aku nak bercerita pasal kucing. Idea nak cerita pasal kucing ni datang masa aku siap solat subuh pagi tadi, masa khusyuk tengah berdoa, tetiba seekor kucing hitam lalu depan aku, hati ku berkata, “alamak kucing”… kucing punya pasal, sampai berdoa pun kurang khusyuk (bukan tak khusyuk langsung), lepas tu sambung balik berdoa hehehe…

Aku nak cerita pasal kucing bukan sebab nak buat blog khas untuk kucing tapi saja-saja nak kongsi pasal kucing, binatang yang paling comel dan cerdik. Kalau kucing kat kolej aku ni pelik sikit, asal tengok orang je lari, asal lari je tengok orang, betul la, sambil2 lari tu sambil pandang orang. Haish aku pun tak faham kenapa dia lari. Mungkin dia ingat orang2an yang ada kat kolej aku ni nak pukul dia kot, mungkin ada la kot yang tak suka kucing, pantang tengok kucing tangan dia nak naik aje… ish tak patut… tak patut. Kasihanilah binatang-binatang di sekeliling anda. Dia pun makhluk Allah, punya perasaan. Cuma beza antara kucing dan manusia akal je. fizikal tu memang sah2 lah lain kan. Jadi, sayangilah kucing. Kalau anda menyayangi binatang di sekeliling anda (x termasuk nyamuk) dan anda sentiasa je menolong dia bagi makan ke minum ke, ape2 je berkaitan pertolongan, ganjarannya anda akan terima di akhirat nanti.

Fakta tentang kucing, boleh dikatakan ala2 sejarah gtu la… kucing yang kita bela kat rumah ni orang panggil ‘kucing bela jinak’. Kucing bela jinak ini merupakan mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika pula dinamakan Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba (aku x lahir lagi masa ni), di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia (bukan aku sorang je bela heheh). Kucing juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina. (sumber: Wikipedia).

Kita merenung sejenak tentang kucing dan islam. Nabi Muhammad saw memberi gelaran Abu Hurairah kepada Abd Rahman ibn Sakhr al-Azdi kerana beliau sangat menyukai binatang yang bernama kucing dan sangat menyayanginya. MasyaAllah sungguh hebat.

Mari bersama-sama kita renungi hadis ini,, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah dan baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Tanpa berfikir panjang, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Dengan kejadian itu, Nabi menunggu sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu baginda berwudhuk. Anas bertanya tentang apa yang Nabi lakukan, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.” (sumber Wikipedia).

Untuk pengetahuan semua, kucing ni bukan aku sorang je yang suka, bahkan Rasulullah pun sangat menyayangi kucing. Menurut Aisyah RA pernah melihat Rasulullah mengambil wudhuk dengan air lebihan jilatan kucing, maksudnya disini, kucing bukanlah binatang yang kotor bahkan jauh sekali najis. Ia bukanlah tergolong dalam kalangan spesis najis macam anjing, anjing memang najis walaupun ia juga merupakan binatang belaan (bg non-muslim lah).

Aku pernah tengok kucing yang da kna langgar,,, sedih sangat. Aku memang menagis (tapi tak lah selalu) kalau tengok kucing kena langgar, mungkin orang yang langgar tu tak sengaja la kot. Tapi ad eke saje2 langgar??? Ade la kot jenis spesis manusia 3 suku hehe jahat mengata orang. Masa last aku tengok kucing kena langgar masa aku cuti semester, maybe bulan 12/2010 la kot. Waktu tu malam, mungkin orang yang langgar tu tak nampak kot (ye la sibuk nak pegi shopping, alamak mengata lagi). Aku yang tengok ni tak sampai hati, aku pun tak tau ape nak buat coz masa tu aku atas kete, jadi tak boleh wat ape2, Cuma macam biasa, aku menagis je lah (ni bukan nangis manja, nangis tak sampai hati tengok n teringat sekali kat kucing menggelepar sakit). Ahhhhh kesiannyaaa… xpe lah, dia mati pun, dia tak de dosa, bukan macam manusia. Betul la kan! Hehe

Ha lupa nak bagitau aku pun ade jgk kucing, nama dia KITTY… warna dia putih ala2 kelabu macam abu lebih kurang, makanan kegemaran dia nasi dengan ikan singgan, kalau malas aku nak bagi nasi aku bagi dia makan friskies perisa tuna (perisa lain xsuka)… dia tak makan keropok, tapi roti gardenia dan jem dia belasah, aku pun hairan. Satu lagi faveret dia, biskut cream-O,, tu memang dia suka. Orang makan dia mula lah sibuk nak makan jugak. Kitty ni suka sangat gigit orang, kalau orang tak nak main ngan dia, dia pun mencari tempat untuk tidur, tempat dia tidur sudah semestinya bilikku. Dia memang selalu landing situ (ala2 dk pantai gtu). Dia pulak suka sangat kejar orang (kadang2 je, time mood kejar orang).he2…

Ok… habis dah…

Saturday, January 22, 2011

~novel 1 minit~



Kelas hari jumaat memang sangat padat, mula dari jam 8-10, sambung lagi pukul 10-12.30 tengah hari,,, pastu sambung lagi pukul 3-5…
Ini lah adat seorang pelajar, pegi kelas balik kelas perkara biasa. Dalam ni bukan nak bercerita pasal kelas ke ape, Cuma nak bercerita tentang ‘novel 1 minit’. Kelas pagi2 memang masih fresh lagi, tapi kadang-kadang mengantuk jugak la hehehehe.
Dalam keadaan mengantuk dan tak mengantuk sama bnyak ni, tiba-tiba pensyarah ni suruh buat novel dalam masa 1 minit… sebab tu aku beri nama novel 1 minit. Tajuk novel ni ‘cokia 3’.

Kami diberi bayangan dengan tiga perkara untuk diolah dalam bentuk ayat novel,

Pertama : nokia

Kedua : model baru nokia bernama cokia 3

Ketiga : menjadi rebutan pelajar UPM

Dan ini hasilnya novel yang aku buat dalam masa 1 minit;

Pagi yang dingin dan matahari masih malu-malu untuk menonjolkan diri. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Sophillea terlintas untuk keluar berjalan-jalan sambil “release tension”. Sophillea merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan Teknologi Maklumat di Universiti Putra Malaysia, memandangkan dia sudah tahun akhir, Sophillea mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mengenali bandaraya Kuala Lumpur.

Waktu mengelamun sendirian, Sophillea teringat promosi nokia yang dilihatnya kelamarin. Dia memang berminat dengan model terbaru nokia yang diberi nama cokia3. Memang model terbaru telefon bimbit ini menjadi rebutan pelajar-pelajar UPM kerana rekaan bentuknya cukup menarik. Lantas sophillea bermonolog sendirian dengan akal warasnya, “aku mesti dapat cokia3, itu yang aku inginkan”. Sambil senyum sendirian dia bergegas untuk bersiap dan menghubungi kawannya, Atillia untuk pergi bersama-sama.

...Tamat…..

Inilah hasil kerja aku dalam masa 1 minit… tak seberapa pun.. sepatutnya aku kena buat novel dalam bahasa arab memandangkan masa tu subjek sastera moden, tapi dalam masa 1 minit, aku rasa habuk pun tarak kalau dalam bahasa arab hehehehe… tapi aku belasah je dalam bahasa melayu,,, boleh r daripada tak de langsung.

Dengan selamber jer aku baca depan pensyarah… pensyarah aku senyum dan buat ulasan sikit-sikit…

sekian... wassalamualaikum...

Friday, January 21, 2011

Surah an-nur Ayat 35




بسم الله الرحمن الرحيم...

"Allah is the Light of the heavens and the earth. The Parable of His Light is as if there were a Niche and within it a Lamp: the Lamp enclosed in Glass: the glass as it were a brilliant star: Lit from a blessed Tree, an Olive, neither of the east nor of the west, whose oil is well-nigh luminous, though fire scarce touched it: Light upon Light! Allah doth guide whom He will to His Light: Allah doth set forth Parables for men: and Allah doth know all things."

firman Allah swt yg bermksud:
"Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi. perumpamaan cahayaNYA,
spt sebuah lubang yg tdk tembus, yg d dlmnya ada pelita besar.
pelita itu di dlmnya ada tabung kaca, tabung kaca itu bagaikan bintang yg berkilauan,
yg d nyalakan dr minyak pohon yg d berkahi, iaitu pohon zaitun yg tidak tumbuh d timur dan barat,
yg minyaknya sahaja hmpir2 menerangi wpun tidak d sentuh api.
cahaya di atas cahaya yg berlapis2, Allah memberi ptunjuk kpd cahayaNYA bg org yg dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan2 bg mnusia.
dan Allah maha mengetahui segala sesuatu." (surah an-nur ayt 35)

selamat beramal...
semoga setiap hari adalah hari yang ceria...

Thursday, January 20, 2011

coretan khas hanya untuk dia... :-)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku daripada mengenali mereka kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah, aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi bagiku, lebih baik berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan kubuat "expressionless face" dan "cool". Akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang ralit merenungku ataupun cuba menegurku.

Aku cuba sedaya mungkin melarikan pandanganku dari ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku pada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, akulah yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Andainya aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik untuknya. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Setiap kali perasaan itu datang setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah di bahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak. Berbagai-bagai dalil kukemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ sebaliknya sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini telah dirampas dari diri ini. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya.

Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Kutahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, 'woman intuition'ku yang mengatakan lelaki itu bukan untukku. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasanmu itu padaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak.

Aku bimbang perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada jalan mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya kau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kumimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

sekian,,, khas untuk bakal suamiku...

Wednesday, January 19, 2011

peristiwa pagi khamis... i like it...hehehe

“malasnya nak bangun pagi2 ni”…. Itu lah selalu yg di ucap di bibirku setiap pagi, tak boleh jadi, kna bangun jugak… ah hari2 aku bermonolog dengan hati yang baik dan nafsu yang jahat. Tapi selalunya hati yang baik la menang… itu aku suka hehehe. Tapi pagi tadi macam lain je,,, tiba-tiba bunyi sms dalam pkul 6.14am… wow sape bg sms pg2 ni,ke ade yg nk sabotaj aku ni pagi2 da sibuk sms aku, aku ni bz macam YB pon ade gk… pastu ak dengan malas2 je bkak sms (selalu je malas, xtau la bla aku ni rajin)hahaha. Astghfirullahal azim,,, bulat mataku membaca sms yg baru sampai tadi… betul ke yang aku baca ni, macam tipu pon ade, macam betul pun, betul la kan memg betul.

Haish rupa2nya S.I.K ;-) yang mesej aku… terus aku bangun dan cepat2 pegi ambk wudhu’ dan mcm biasalah mesti la solat subuh… lepas je aku solat, aku bukak sekali lagi mesej td… erm memang sah S.I.K ;-) yg hantar… klo S.I.K ;-) yg mesej memang akan jadi kelam kabut hahahaha… aku pun tak tau kenapa… hampeh betul…

Mesti ade orang tertanya-tanya, sape S.I.K ;-) tu? tu pun nk kna cerita ke… xpayah lah. Saje je bercerita tentang ni,,, jangan bimbang tak de kaitan antara yang masih hidup atau yang dah lama meninggal dunia. Har3…… mengisi masa lapang da… ok lah da xde ape yg nak cerita… selamat hari khamis semua…

Wednesday, January 5, 2011

acer and me...


ni dia laptop kesayanganku,,, sekarang dia da merajuk dengan aku, tak tau la macam mana nak pujuk,,, hari tu dia wat hal tapi aku tak layan dia, dia ok je lepas tu tak de la nak merajuk lama-lama. tapi sekarang dia merajuk sampai tak nak berakti dah kat aku... kan aku jualkan, nanti dia menangis aku lagi la tak tau nak pujuk... macam mana ni????
laptop ni nama dia acer,,, baru 3 tahun dia bersama dengan aku, aku kt upm dia pon ikut jugak, kalau aku kat rumah dia pon sibuk nak ikut balik, kalau aku sibuk nak wat asignment dia akan sibuk tawarkan diri nak tolong aku, sebab tu assignment aku selalu siap je... aku sayang la kat dia, time aku susah senang dia selalu bersama aku. erm ape la nasib kau ye laptop, aku yg kata ko merajuk, entah2 ko sakit tak??? sebab sejak aku beli tak pernah kot aku bawak ko pergi klinik. may be sekarang ko da sakit tenat kot,,, oh tidakkkkkk!!! jangan tinggalkan aku acer... i love u so much acer... nanti aku menagnis klu ko tinggalkan aku... aku sedih ni sambil2 cerita psal ko acer.
tapi acer aku selalu tunggu ko sihat, aku nak kawan dengan ko, ko lah kawan aku time aku boring, ko simpankn aku game, macam2 game ko ada,ko yg main ngan aku kn, time aku kalah ko suruh aku main lg, time aku menang ko suruh ak berhenti dulu... erm tapi sekarang ko tak macam dulu lagi..

bye2 acer... aku rindu kamu...

2013 sehingga 2019

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...