Saturday, January 22, 2011

~novel 1 minit~



Kelas hari jumaat memang sangat padat, mula dari jam 8-10, sambung lagi pukul 10-12.30 tengah hari,,, pastu sambung lagi pukul 3-5…
Ini lah adat seorang pelajar, pegi kelas balik kelas perkara biasa. Dalam ni bukan nak bercerita pasal kelas ke ape, Cuma nak bercerita tentang ‘novel 1 minit’. Kelas pagi2 memang masih fresh lagi, tapi kadang-kadang mengantuk jugak la hehehehe.
Dalam keadaan mengantuk dan tak mengantuk sama bnyak ni, tiba-tiba pensyarah ni suruh buat novel dalam masa 1 minit… sebab tu aku beri nama novel 1 minit. Tajuk novel ni ‘cokia 3’.

Kami diberi bayangan dengan tiga perkara untuk diolah dalam bentuk ayat novel,

Pertama : nokia

Kedua : model baru nokia bernama cokia 3

Ketiga : menjadi rebutan pelajar UPM

Dan ini hasilnya novel yang aku buat dalam masa 1 minit;

Pagi yang dingin dan matahari masih malu-malu untuk menonjolkan diri. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Sophillea terlintas untuk keluar berjalan-jalan sambil “release tension”. Sophillea merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan Teknologi Maklumat di Universiti Putra Malaysia, memandangkan dia sudah tahun akhir, Sophillea mengambil kesempatan sepenuhnya untuk mengenali bandaraya Kuala Lumpur.

Waktu mengelamun sendirian, Sophillea teringat promosi nokia yang dilihatnya kelamarin. Dia memang berminat dengan model terbaru nokia yang diberi nama cokia3. Memang model terbaru telefon bimbit ini menjadi rebutan pelajar-pelajar UPM kerana rekaan bentuknya cukup menarik. Lantas sophillea bermonolog sendirian dengan akal warasnya, “aku mesti dapat cokia3, itu yang aku inginkan”. Sambil senyum sendirian dia bergegas untuk bersiap dan menghubungi kawannya, Atillia untuk pergi bersama-sama.

...Tamat…..

Inilah hasil kerja aku dalam masa 1 minit… tak seberapa pun.. sepatutnya aku kena buat novel dalam bahasa arab memandangkan masa tu subjek sastera moden, tapi dalam masa 1 minit, aku rasa habuk pun tarak kalau dalam bahasa arab hehehehe… tapi aku belasah je dalam bahasa melayu,,, boleh r daripada tak de langsung.

Dengan selamber jer aku baca depan pensyarah… pensyarah aku senyum dan buat ulasan sikit-sikit…

sekian... wassalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

2013 sehingga 2019

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...