Mata aku pun da macam ade mesin basuh dah dok tergantung, mulut aku pun macam harimau kelaparan, ternganga aje keje… ish x boleh jadi ni mengantuk dah…
Lepas aku tidur dalam 2 jam lebih, tiba2…
“api… api… api… api………!!!!”
“keluar bilik semua, keluar… keluar…”
Aku masih sedar tak sedar lagi, masih mamai, aku masih percaya ngan tak percaya pun ade jgk… tiba-tiba ade orang ketuk pintu bilik aku suruh keluar..
“tuk tuk tuk… keluar ade kebakaran….!!”, diorang ketuk ala2 nak suruh bangun tahajud gtu…
Dalam hati aku kata, “kebakaran??? Alamak elektrik pon da tak de, maknanya betul la ni kot”
Ape yang aku terbayang masa tu, antara aku akan terselamat atau mati dalam api je…
(ini api yang aku bayangkan)
“akak bangun kak…”, adik rumet bersuara mengejutkan aku dari tidur. (padahal aku da tersedar dah hehe)
“ade ape ye adik rumet??? Betul ke ade kebakaran???”, aku tanya adik rumet sambil menjenguk keluar. Sume lampu da terpadam, tinggal yang gna bateri je. tu pun samar2 je Nampak, dalam hati aku berkata, “mana apinye,,, aku tak Nampak api pon, bayang asap pon tak de, ni kes tipu ke ape???”
“tak tau la kak, diorang suruh kita keluar, ada kebakaran katanya”, adik rumet jawab pertanyaan aku.
“jom la kak!”, adik rumet mengajak aku.
“erm ok adik rumet”, aku bergegas ambil tuala dan mengenakan atas kepala (kononnya tutup aurat haha)
“eh adik rumet pakai tudung ke???”, aku tanya soalan bodoh daaaa…
“ha a la kak”,
Aku mencapai tudung yang dah tersedia ada keronsang, hati aku jangan dok kata lah memang kelam kabut dah.
Aku pun keluar dari bilik dengan adik rumet… sesampai saja di tangga aku terjumpa cik kawan n rumetnya.
................................................
masa nak turun tangga...
“nape ko pakai t-shirt je, wei kita kena turun bawah la, pegi ambik sweater ko skang”, marah cik kawan kat aku…
“la aku takut wei, ak x sempat tadi, ok aku pegi skang”, aku beralasan bodoh, ade ke nak pakai t-shirt je turun, pakai la baju lengan panjang sikit, kalau jumpa ngan en.lelaki kat bawah tu tak ke naya aku… ye tak ye jugak kan.
Aku mencapai sweater dan handphone… aku meluru ke tangga untuk turun.
Sesampai je kat pintu blok, ade seorang bomba menanti di situ…
“ha sila2…” kata en.bomba.
“ade ke siap bersila2 lagi, dia tak tau ke aku punya la gelabah, eeee main2 pulak dia, tau la dia bomba…”, berleter plak aku dalam hati, aku pandang je en.bomba tu, tapi aku tak Nampak, Cuma aku Nampak kelibat yang dia tu lelaki je (lagi pon aku da dengar suara haha).
ketika berada di 'assembly point'...
“ade ape ni cik. Kawan 2??? Betul ke ade kebakaran??? Tak nampak asap pon (api pon haram la nak nampak kan klo da asap pon xde)” aku bertanya cik kawan 2..
“xtau la, hairan jugak ni”, jawab cik kawan 2. Aku pun terdiam lah, malas dah nak bertanya banyak2.
Mungkin kebakaran betul ni, puan fellow siap wat turun anak dia lagi. Lagi pon x kan orang nak main2 kot benda macam ni…kan??
Sekali lagi aku hairan bin ajaib. Ade ke ketua blok suruh duduk dalam barisan, dalam barisan pulak kna duduk mengikut blok, dalam barisan blok kna ikut aras pulak… keaadaan cemas pon boleh nak duduk dalam barisan ke… pelik jugak ni…
“beratur… beratur mengikut aras,, sebelah kiri blok kalui, dan sebelah kanan blok kelah”, arah en.fellow.
“barisan pertama ground floor, barisan ke2 1st floor, bla, bla, bla…..” , arah cik ketua blok.
Kami pun ikut je lah, sebab berdebar punya pasal, tanya pon x banyak dah.
“berundur ke belakang, lori bomba nak masuk!!!”, arah en.fellow.
Hati aku berleter lagi, “ish bomba ape masa ni pon xsampai lagi, kalau yang nazak kat atas tu, sempat mati dulu la kot”, haish hati aku xhabis2 dok mengomel.
.....................................
Setelah beberapa minit…
Bomba pon datang diikuti ambulans…
En.bomba n kawan2 diorang bersiap2 utk selamatkan orang di atas blok kalui.
Setelah beberapa minit kemudian…
En.bomba dan kawan2nya turun dan membawa orang yang hangus terbakar dek api, kawannya di sebelah sedang sedih…
“owh masyaAllah,,, teruknya”, hati ku berkata. Padahal aku tak nampak pon orang kat atas benda yang bomba usung tu… tapi da nampak sedih.
Sekali lagi aku hairan, kenapa sume fellow tak cemas pon… aku tertipu ke?
Cepat2 ambulans berlalu ke pusat kesihatan university.
..................................
30 minit kemudian…
TIBA-TIBA…
“terima kasih kerana memberi kerjasama dalam latihan kecemasan semasa kebakaran,,, bla bla blab la…”, ucap en. Fellow yang sorang lagi.
“astghfirullahah ‘azimmmm, rupe2nya latihan kecemasan semasa kebakaran”, sedikit geram ade jugak la. Da la hodoh giler aku berpakaian malam tu, jatuh saham aku yang tak pernah2 pakai macam tu… haish
Selepas ucapan dan sbgnya, ketika nak membaca doa, tiba-tiba….
Hujan turun dengan lebat… semua orang ke tempat yang teduh…
(ini lah saat yang aku bayangkan,,, takutkan)
Wallahua’lam….
No comments:
Post a Comment