ku tujukan lagu bingkisan rindu untuk zahidah, fatimah dan norazlinda...
Antara kita tiada rahsia Susah dan senang tetap bersama Terpatri namamu Kau takkan kulupa
Sudah bertahun lama Kita tidak lagi bersua Hanya tinggal kenangan Yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu Seiringan hembusan bayu Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
Pantas masa berlalu Meninggalkan kita semua Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan Kubingkaikan kenangan Hingga terkadangku Tersenyum sendirian
Oh perjalanan kita masih jauh Jalanan berliku akan kita tempuh Imbaslah kenangan semalam jadi azimat Penguat semangat menempuh masa hadapan Harapanku kau kan bahagia selalu
Antara kita tiada rahsia Susah dan senang tetap bersama Terpatri namamu Kau takkan kulupa
Perjalanan kita masih jauh Jalanan berliku akan kita tempuh Imbaslah kenangan semalam jadi azimat Penguat semangat menempuh masa hadapan Harapan ku kau kan bahagia selalu
Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu
...korang lah sahabat aku waktu aku senang, susah, bahagia, sedih, gembira dan sewaktu dengannya... dah 6 tahun kita berkawan, engkau sahabat, teman, kawan, rakan bagiku, jangan sesekali persahabatan kita terputus walaupun masing-masing punya kehidupan sendiri, aku akan ingat korang untuk selamya... semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat... i luv u all...
lagu sahabat sejati by unic...
Ku biar kalam berbicara Menghurai maksudnya di jiwa Agar mudah ku mengerti Segala yang terjadi Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis Meluahkan hasrat di hati Moga terubat segala Keresahan di jiwa Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya Tak melukai hatimu Mungkin sudah suratan hidupku Kasih yang lama terjalin Berderai bagaikan kaca Oh teman, maafkanlah diriku
C/O : Oh Tuhan Tunjukkan ku jalan Untuk menempuhi dugaan ini Teman, maafkan jika ku melukaimu Moga ikatan ukhwah yang dibina Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya Menahan hibanya rasa Kau pergi meninggalkan diriku Redhalah apa terjadi Usahlah kau kesali Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
kau, sahabat, kawan & teman by unic
Ketika mula bertemu Terasa bagai telah lama bersua Kau sambut hulur tanganku Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu Dan kita tetap seiringan berjalan Menempuh onak liku Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa Asyik senda dan bercerita Walau sesekali pandangan kita berbeza Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua Saling mengejar cita Tak pernah kulupakan Detik yang indah bersamamu temanku
Huuuu....aaaaa.....
(ulang dari mula)
Kuasti suatu masa Engkau dan aku kan bertemu semula Kembali menjalinkan detik nan indah Untuk kenangan bersama
Sesungguhnya aku bersyukur padaMu ya Allah kerana kau mencampakkan cinta ke dalam diriku… aku tahu memang ini fitrah untuk diriku dan semua insan yang kau ciptakan. Ya Allah, seandainya dia yang aku cinta, dan dengan aku mencintainya aku dapat mencintaiMu lebih dari cinta kepadanya, restuilah cinta kami, permudahkan ikatan ini agar kami dapat bermujahadah ke jalanMU, agar kami dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba dengan sempurna…
Sewaktu dulu, dia datang kepadaku dan mengetuk pintu hatiku yang masih kosong dengan cinta, kecuali cinta kepada Allah dan Rasul. Aku memang teragak-agak untuk menerima cinta darinya, tetapi aku diuji dengan perasaan rindu, aku bagaikan tidak keruan ke sana ke mari. Aku tahu aku tidak layak untuk jatuh cinta kerana cintanya tidak menjamin masa depanku dan tidak boleh memberi apa-apa kepadaku kecuali cinta dan rindu kepada dia sahaja. Sungguh, sewaktu itu langkahku bercabang untuk memilih antara terima atau tidak. Aku sangat keliru dengan perasaan ku, hati ku mengatakan agar aku menerimanya, tetapi iman ku membentak keras aku melakukannya kerana iman ku membuat aku terfikir masa akan datang, ianya banyak risiko yang akan aku tanggung jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Sesungguhnya, hatiku dan akal warasku mengatakan cinta itu kebahagian, rupanya tanggapan ku meleset sama sekali. Tatkala dia meluahkan cinta, kali pertama titisan mutiara itu jatuh ke pipi ku kerana menghayati lafaz cinta dari seorang lelaki untuk pertama kali. Dari saat itu, nafsu yang menguasai hati ku, bukan lagi iman. Perlahan-lahan aku menerima cintanyawalaupun tidak diucap dengan patah perkataan tetapi tingkah laku dan ekspresi wajahku jelas menggambarkan aku mencintainya sepenuh hatiku. Aku dan dia di alam fantasi yang indah, yang tidak dapat diucap dengan kata, tapi hati yang dapat merasainya. Sungguh, waktu itu aku merasakan diri ini benar-benar disayangi dan dicintai, aku juga berasa diri ini dilindungi. Sehingga disaat aku sujud pada yang esa aku terbayang wajahnya, Astaghfirullah... Masyaallah, hebatnya cinta yang kau lemparkan kepadaku wahai sang lelaki.
Hari-hari yang aku lalui hanya nikmat kebahagiaan, kadang-kadang aku terleka dek angan-angan palsu. Sehingga suatu ketika, aku terfikir, mengapa tidak ada sedikit pun perasaan ingin marah, apalagi membencinya? Aku hairan. Jika dalam persahabatan juga kadang-kadang terdetik juga perasaan gila itu. Tapi ditepis awal-awal bagi menjaga tali persahabatan yang dibina kerana ia adalah realiti persahabatan. Dalam keindahan alam cinta aku dan dia, aku menerima kekurangannya dengan rela hati kerana aku yakin kekurangan itu boleh diubah, jika dia lakukan kesalahan aku memaafkannya dengan hati terbuka dan selalu mencampakkan pesanan supaya jangan mengulangi lagi. Dia menerimanya dengan hati terbuka. Aku dan dia boleh dikatakan saling memahami, hingga aku rasa dia adalah milikku untuk selamanya. Kebahagiaan itu membuatkan aku sangat takut jika dia meninggalkan aku, kerana dialah cinta yang benar-benar duduk di dalam kalbuku. Setiap kali aku bersujud dan bermunajat kepada Allah, aku meminta agar dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan segalanya, semoga dia menjadi pendampingku di dunia dan insyaallah di akhirat. Itu impianku, menggunung tinggi.
Memang adat bercinta, sesekali teringin juga untuk memandang wajah dia, kadang kala ada juga dia menyampaikan hasrat untuk berjumpa dalam waktu yang singkat, dan sesekali aku yang pertama mengusulkanhasrat yang sama. Diawal percintaan kami, pernah aku menyatakan supaya kita tidak jadi pasangan kekasih yang terlalu bebas, seperti contoh yang ada didepan mata, ke sana ke mari dengan kekasih, sehingga ke tandas pun dengan kekasih. Kita perlu pandai membahagikan waktu bersama kawan-kawan dan belajar, kita jangan terlalu lalai dengan kisah percintaan ini yang tidak berpenghujung. Itulah antara janji-janji aku dengannya, dan dia menerima janji itu dengan hati yang terbuka. Aku sebenarnya ingin menjaga batas pergaulan, walaupun bercinta, aku mesti ingat, aku adalah seorang muslimah yang tidak akan jatuh ke tangan lelaki yang kebanyakan. Jadi dari awal aku sangat-sangat menjaganya supaya aku tidak terjebak ke lembah maksiat yang dibenci oleh semua dan terutamanya Allah swt. Ketika dia mengajakku ke luar berjalan-jalan aku akan memberi seribu alasan, kerana aku tahu, jika dia benar-benar sayang pada aku, dia tidak akan memaksa aku dan dia akan faham aku walau bermacam alasan yang aku berikan. Aku akan menjadi perempuan bodoh jika aku menuruti semua yang dipinta oleh lelaki yang belum digelar suami sedangkan aku tahu semua hukum hakamnya. Jadi aku menghadkan permintaannya. Aku sangat menjaga perhubungan ini dari pengetahuan orang ramai kerana kita semua tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Hanya sahabat yang terdekat sahaja yang mengetahui antara aku dan dia, bukan kerana aku malu menjadi kekasihnya, malah aku bangga. Mungkin dengan perasaan bangga itu telah terjadi sesuatu yang tidak terlintas dalam fikiranku, mungkin juga ini adalah ujian.
Suatu ketika, aku tahu dia sangat ‘fed up’ dengan tingkah aku yang mungkin kolot padanya, sedangkan di sekelilingnya, kawan-kawan dan sahabatnya ke sana ke mari dengan kekasih. Susah senang dengan kekasih. Mungkin dia merasakan naluri kelelakiannnya tercabar , kerana walaupun ada kekasih seperti ‘single’ dan mungkin juga dia merasakan aku menyayanginya hanya main-main. Aku dapat rasakan suatu hari nanti dia tidak akan sabar lagi dengan tingkah aku ini. Ada juga aku bertanya pada dia tentang ini, tetapi dia menafikannya, walaupun aku tidak berpuas hati dengan jawapannya, tapi aku cuba untuk memahaminya sebaik mungkin. Hanya dengan ini dapat mempertahankan hubungan aku dengan dia. Aku cuba untuk sabar dan terkadang terlintas di kotak minda ku sesuatu yang tidak aku inginkan, aku buang semuanya sepantas kilat.
Dalam aku cuba memahaminya, dia mungkin terlupa seketika pada ku dek kerana kesibukannya yang terlampau. Aku pun tidak tahu angin apa yang datang menyerangku menyebabkan aku jadi naik marah yang teramat. Dia cuba sedaya upaya memberi penjelasan, aku dapat menerimanya. Sehinggalah suatu hari, ada seorang hamba allah yang datang kepada ku menyuruhku supaya melakukan istikharah. Sebenarnya aku amat takut untuk melakukan istikharah kerana aku takut untuk menghadapi kemungkinan yang tidak diingini berlaku keatas diriku. Aku cuba menguatkan asaku, aku yakin, jika dia benar untukku, dia akan menjadi milikku di dunia dan insyaalah di akhirat. Jika dia bukan untukku, tidak ada gunanya aku berkasih sayang dengannya dalam masa yang lama. Memang tepat permintaan hamba allah itu kepada ku. Aku akan menerima dengan redha ketentuan illahi kerana ia terbaik buatku. Aku bermunajat kepada yang memberi cinta supaya memberi jalan yang bukan bercabang lagi, aku mohon supaya dipermudahkan dalam perhubungan ini jika dia benar untukku, dan jika sebaliknya, jauhkanlah ia dari ku serta jangan letakkan ia didalam hati ku untuk selamanya. Setelah dua kali aku melakukan istikharah, aku tidak mendapat apa-apa jawapan.
Dari hari ke hari yang aku lalui, aku melihat sikapnya padaku sedikit demi sedikit berubah. Aku terfikir kenapa ini boleh terjadi? Apa salah aku pada dia? Adakah aku tidak memahamimu? Mungkin dia ada perempuan lain? Masyaallah, aku lemparkan jauh-jauh apa yang terlintas difikiranku. Mungkin ini ujian Allah buatku. Aku cuba untuk bersabar. Sehingga suatu ketika, aku terlihat gambarnya dengan perempuan lain, aku dapati ramai kawan-kawannya menggosipkan dia dengan perempuan itu. Aku cuba untuk bertanya dia, kerana aku percaya dia, hanya jawapan darinya adalah jawapan yang tepat. Aku bertanya pada dia dengan baik dan hemat supaya dia tidak tersinggung dengan pertanyaanku. Dia menafikannya. Memandangkan aku percaya dia, jadi aku terima jawapannya. Setelah beberapa lama, aku dapati gosip dia dengan perempuan tersebut masih melingkari perhubungan kami, malah lebih hebat dari sebelum ini. Naluri keperempuananku tersentuh, seperti semua orang tahu, wanita adalah makhluk paling perasa, paling sensitif,sehingga tatkala hatinya tersentuh, pasti akan mencari jari yang menyentuhnya. Sekali lagi aku cuba bertanyanya tentang ini, sekali lagi dia menafikannya. Jawapannya memang tidak memuaskan hati, walaupun aku tidak bahagia dengan jawapannya, aku cuba mencari kebahagiaan di balik perasaanku, meski terkadang perasaan itu hanya penipuan semata dan membuatkan aku terpaksa menelan pil yang sangat pahit. Di saat ini, air mata menjadi temanku, walaupun pada zahirnya mataku setiap saat tidak mengeluarkan air mata, tapi hatiku tidak pernah berhenti menangis. Aku memang tidak boleh bersendirian. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri dan menarik diri dari belenggu kasih sayang seorang lelaki yang tidak tahu pucuk pangkalnya. Pernah sekali aku minta mengundur diri dari perhubungan ini, tetapi dia masih mempertahankannya. Aku tahu semua ini dia yang memulakannya dulu, dan biarlah dia yang mengakhirinya.
Mungkin dengan keputusan yang aku buat itu boleh mengubat perasaan sedih yang aku rasai. Tetapi anggapanku selalu meleset, malah ia sangat pedih, bukan sahaja pahit yang aku rasai. Aku terlihat dia bersama dan bermesra dengan perempuan itu. Waktu itu, hatiku hancur, serta merta aku ingin mati. Aku tak sanggup melihat dia bersama perempuan itu. Dia meminta maaf dengan ku, dan menyatakan dia masih kawan dengan perempuan tersebut. Mulai dari pertemuan yang pedih itu, aku tidak percaya lagi pada dia, aku lempar jauh-jauh kepercayaan terhadapnya. Aku berjanji pada diriku, aku tidak akan mengambil orang sepertinya sebagai suamiku kerana dia sanggup mengkhianatiku semudah itu. Mungkin juga semua ini hanyalah pembalasan untukku jika dia mendengar khabar buruk dari orang lain tentang diriku sekalipun, jangan balas aku dengan balasan yang sebegini sebelum mendengar penjelasan sebenar dariku. Aku hanya sekuntum bunga, aku tidak mampu untuk mengejar kumbang yang terbang tinggi ke mana saja yang ingin ditujui. Mulai saat itu, aku bertekad untuk menjauhkan diri darinya supaya perempuan yang dipilihnya tidak mengetahui antara aku dan dia pernah ada satu ikatan. Aku yakin, perempuan itu tidak tahu tentang aku, aku tidak pernah sedikit pun menyalahkan perempuan itu. Aku juga tidak mahu tampilkan diri tatkala mereka sedang ralit dalam kebahagiaan, bukan aku tidak ingin membela cinta aku, tapi aku tak terdaya untuk membela diriku sedangkan dia tidak memilih aku, dan aku juga tidak inginperasaan perempuan itu hampa disebabkan satu perasaan yang telah tertanam dalam dirinya setelah aku hadir. Biarlah mereka dengan dunianya, lagipun dia memilih jalan itu untuk meneruskan kehidupannnya walau sedang hati ku hancur lumat.
Ya! Mungkin inilah jawapan kepada istikharahku dan mungkin juga ini ujian buatku. Aku redha atas segalanya. Aku tidak boleh sentiasa menangis dengan apa yang diuji Allah kerana aku sudah berjanji untuk menerima segalanya. Aku harus menjadi seorang yang kuat pada mental dan fizikal. Aku tidak boleh jatuh hanya kerana seorang lelaki. Memang tidak dapat dinafikan, aku masih sangat-sangat sayang pada dia, dan tidak ada lelaki lain dengan mudah untuk bertakhta di hatiku ini. Tidak semudah dia menggantikan aku dengan perempuan lain dihatinya. Memang bodoh pada pandangan orang lain, tapi semua ini tak bermakna aku boleh menerimanya kembali dan masih ada peluang kedua buatnya. Mulutku mengatakan maaf padanya tapi hatiku tidak pernah memaafkannya. Seharusnya kita perlu sentiasa memaafkan orang lain walau sebesar mana kesalahnnya kerana manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kekhilafan, dan kita juga tidak tahu bila kita akan mengadap illahi, jika tidak dimaafkan semua itu tidak terlepas dari kita. Aku harapkan dia bahagia dengan perempuan pilihannya itu, dan jangan sesekali jatuhkan air matanya disebabkan sikapmu kerana dia perempuan seperti aku, perasaannya dan hatinya rapuh. Itu doaku dan jangan sesekali terlintas wajahku disaat kau bersamanya, pasti hancur hati seorang wanita, jangan sesekali cuba untuk mencari aku lagi kerana aku tidak sedikit pun memerlukanmu diwaktu ini dan masa akan datang yang aku lalui. Jangan juga kau mensia-siakan perempuan itu, kerana dia juga manusia seperti engkau wahai lelaki. Terima kasih kerana pernah membahagiakan aku, pernah mengajar aku bagaimana erti rindu, pernah juga mengajar aku suka duka dalam cinta. Terima kasih…aku tidak akan pernah melupakan semua itu.
Aku ingin berpesan kepada muslimah-muslimah sekalian, berhati-hati terhadap dua perkara dalam diri seorang lelaki, pada mata dan kata-katanya. Matanya akan menyeretmu masuk ke dalam cintanya dan dirimu akan terjerat di sana, dan kata-katanya pula akan membuat jerat dan perangkap itu. Berhati-hati juga dengan cinta seorang lelaki, kerana ia hanya kepura-puraan semata. Lelaki akan menyerahkan cinta untuk mendapatkan segalanya dari seorang perempuan, dan wahai saudariku jika kamu terjerat dengan cintanya kamu akan serahkan segalanya hanya untuk mendapatkan cinta. Sesungguhnya cinta yang abadi itu tidak lain, hanya cinta kepada Allah swt pencipta cinta.
Ya Allah peliharalah aku dari dosa yang terkutuk, yang membawa aku ke lembah hina… aku takut dengan azab dan seksaanMu yang amat pedih, aku tidak mampu menghadapinya… tapi ya Allah aku juga tidak layak ke syurgaMU yang indah dan penuh nikmat itu. Ampunilah segala dosaku yang lalu, yang terkadang sedetik lalai kepadaMU ya Allah. Aku hanya insan biasa yang sering alpa dengan nikmatMU, aku bersyukur kerana kau menyedarkan aku terlebih dahulu sebelum aku menghadapMU. Maafkan segala kekhilafan semalamku, hanya engkaulah tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
..tulisan ini bukan untuk dituju untuk sesiapa, tetapi untuk peringatan diri sendiri.
~EFZAIN~
30 April 2010, jumaat, villa angsana, 00:00am
Moral of the story, jangan terlalu percaya pd lelaki… tulisan ini adalah cerita yang direka...
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang itu hingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri” (riwayat Bukhari dan Muslim) Jelas dan terang disini bahawa hadis ini mengungkap mengenai adab yang baik bagi seorang islam terhadap saudaranya supaya silaturrahim dan kasih sayang terjalin dengan baik dan damai dalam masyarakat. Dalam tulisan ini, aku tidak ingin menghurai mengenai hadis ini dengan panjang lebar, Cuma aku harap hadis ini sebagai renungan dan peringatan kepada aku dan kita sesama muslim di muka bumi ini sebagai khalifah. Lebih kurang 21 tahun aku dilahirkan dan hidup di muka bumi Allah SWT ini. Banyak peristiwa yang berlaku sebagai pengajaran yang mengajar aku erti hidup yang sebenar. Kadang-kadang aku bingung dengan peristiwa yang berlaku di depan mata aku. Kadang-kadang juga aku bingung dengan diri sendiri kerana aku tertanya-tanya apakah peranan aku sebagai manusia yang hidup dan beraqal di dunia ini. Contohnya macam ni lah, tadi (26/07/2009, ahad jam 15.40pm di Putra Foodcourt, UPM) aku, linda dan kak tie pergi sana untuk makan, sebelum ni tak pernah pun kami makan kat sana terus. Tapi entah hari ni terdetik di hati rasa nak makan terus je kat sana. Ketika kami sedang asyik menikmati minuman (maknanya da habis makan la), ada seorang pelajar baharu sedang tercari-cari sesuatu. Orang yang pertama tengok adalah kak tie. Kak Tie pun bagitau kami pasal budak tu, rupa-rupanya dia hilang telefon bimbit. Memang pada riak wajahnya sungguh mencemaskan. Kami semua pandang budak ni dalam keadaan yang cukup cemas. Budak tu minta pertolongan dengan mak cik yang masak dekat café tu la, minta handphone untuk menghubungi telefon dia kot ada dalam beg. Tapi telefonnya dah ditutup. Si budak ni tidak tahu lagi untuk melakukan sesuatu, akhirnya dia menangis (kami bertiga tetap dalam keadaan sama, statik dan hanya tau memandang situasi, macam orang tak betul pun ada hehe). Sesuatu yang berlaku itu boleh juga diumpamakan seperti “pelakon teater dipentas,dan aku adalah penontonnya”. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku dalam situasi tadi memang cukup memberi pengajaran untuk kami semua kerana pada hakikatnya kami tak sepatutnya duduk dan lihat. Ini merupakan tindakan yang tak wajar bagi pelajar senior. Erm nak sambung lagi cerita ni, lepas kami balik kami pun bermuhasabah, kenapa kami kaku masa kejadian yang Allah tunjukkan dihadapan mata kami? Adakah kami tak biasa dengan situasi tersebut? Tak perlu lah saya menjawab kerana jawapan itu ada di tangan saya dan anda yang membacanya. untuk peringatan aku dan semua, jika berlaku situasi yang begini cubalah untuk bertindak secepat mungkin kerana kita tidak tahu jika sebenarnya kita boleh tolong orang tersebut. Cuba bayangkan jika kita di tempat orang tersebut, apa perasaan kita jika orang di sekeliling kita buat tak tahu je? Masyaallah tak tahu nak kata kan. Sepatutnya kita haruslah ringankan tulang untuk berada dalam situasi cemas seperti situasi yang saya ceritakan. Rasanya cukup untuk hari ini…. Bertemu lagi…
Tuesday, August 4, 2009
Dengarlah aku bercerita….
29 Julai 2009, masa tu aku dalam kelas. Hari ni kelas habis pukul 5. Ni kelas petang la, masa tu semuanya syok belajar. Masa tengah sibuk mentelaah ni, ada sorang kawan aku ni bagitau yang upm cuti bermula hari ni. Aku ni rase seronok, tapi entahlah tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku (tak de perasaan sebenarnya coz tak sedia nak balik). Semua pelajar dikehendaki meninggalkan kolej sebelum pukul 12 tengah hari esok. Lepas sampai je kat kolej, kawan aku tanya nak balik malam ni ke nak balik esok ? aku pun kata kita balik esok je lah, mungkin tak sempat la malam ni, tiket pun tak beli lagi. Kawan aku dengan selamber menjawab, ok lah, kita balik esok. Aku pun duduk la rilex2 sebab dah nak balik esok kan. Lagipun hari ni penat sebab kelas bnyak sangat, lepas tu masa balik tu aku berjalan kaki separuh jalan dah. Tak sampai setengah jam, kawan aku telefon balik. “Eh betul ke nak balik esok ni? Kita balik malam ni lah.” Dengan selamber jugak aku menjawab “ ok lah kita balik malam ni.” Aku da mula dah gelabah tak tahu nak buat apa. Ape tak gelabahnye, sebelum aku pegi kelas aku rendam kain, hajat dihati nak balik basuh petang tu la. Sekali kata nak balik malam ni jugak, kelam kabut aku. Aku pun pegi la basuh kain. Siap basuh kain, aku nak spin je la kain sbb senang nak sidai dalam bilik, ade pulak budak yang dok spin. Punya la lame tunggu. Aku punye la geram, masa aku tak basuh kain tak de pulak orang guna masin basuh ni. Sabar aje lah. Sambil-sambil menunggu tu aku pun pegi la mengemas. Siap mengemas, sekali lagi aku pergi jenguk kot2 la da tak de orang kat mesin tu. Fuh aku siap mengemas, diorang tak siap lagi, aku pun apa lagi, aku ambik kain, aku pun pegi spin je kat tingkat 2. Ah Alhamdulillah siap keje aku. Sedar tak sedar dah pukul 7 masa aku siap buat semua keje sebelum balik. Aku pun berjalan ke perhentian bas. Sampai setengah jam aku tunggu, ade la sebuah bas berhenti, aku ingat nak ambik kitorang. Sekali, lepas semua orang turun, pak cik tu tutup pintu bas. Sakit hati aku. Sabar aje lah pak cik ni. Akhir sekali, aku ngan kawan aku ni buat la keputusan untuk jalan kaki je pegi kat fakulti bahasa. Punya la jauh aku jalan kaki dari kolej 5 sampai ke fakulti bahasa. Masa aku berjalan tu da malam la, sebab masa azan maghrib. Takut sangat masa berjalan tu, sebab kawasan tu da tak ade orang. Sambil berjalan sambil berdoa sebab takut, aku pun bagitau kawan aku, kita lalu jalan dekat lah, kawan aku pun setuju lah. Sekali sampai je kat pintu pagar, pagarnye plak tertutup. Sekali lagi kena round dan kena sabar. Telefon aku pulak bunyi, sape plak ni ? kawan aku telefon bagitau tiket untuk balik kelantan da habis. Rasa nak menangis aku kat situ. Tapi sabar2. Masyaallah ape ujian ni ye. Tak pe lah kuatkan semangat. Lepas sampai kat fakulti bahasa, dalam pukul 8 lebih la, bas metrobus datang dan aku naik jelah sebab dah lambat. Dalam pukul 8 setengah aku sampai kat komuter serdang. Kawan yang balik dengan aku ni da memang cukup gelabah la, dia pun mintak tolong adik dia belikan tiket dari kajang. Aku pun mintak tolong jugak linda belikan tiket tu. Sekarang ni aku tak boleh naik komuter lagi sebab nak menunggu 2 keputusan. Linda dan adik kawan aku. Lepas beberapa minit Linda telefon tiket ada, datang putra sekarang. Bas jam 9.30 malam. Masyaallah, aku rasa menggeletar tangan kaki aku sebab rasa macam tak sempat je sampai pukul 9.30 kat putra. Aku pun usaha lah, sambil duduk atas komuter tu sambil selawat moga2 sempat dengan bas tu. Tepat betul2 jam 9.30 malam aku sampai kat putra. Nak berjalan ke stesen bas plak, aku bukan berjalan tapi berlari. Berlari sekuat hati. Syukur Alhamdulillah bas tu belum tinggalkan aku lagi. Baru kutahu, bas yang aku naik ni rupanya bas tambahan, patut la tiket ada. Tadi masa berkejar tadi tak sempat nak berfikir. Rupa bas ni pun hodoh la sikit, tapi tak pe lah asalkan sampai rumah aku. Lepas 2jam perjalanan, bas ni rosak, punya la bengang semua orang atas bas ni. Ya Allah kuat nya ujian malam ni. Sejam lebih jugak duduk kat tepi jalan tu. Lepas tu berjalan dengan lancar lah. Alhamdulillah. Pukul 7.30 pagi sampai kat rumah. Rasa penat semalam tak habis2 lagi. Aku balik, aku terus tidur. Niat dihati nak tidur sekejap je, rupanya 2hari aku tak bangun, 5 hari aku di kurung. Aku demam akhirnya. Influenza H1N1.
Dulu Aku merangkul cinta ke pelukanku Saat itu Kurasakan hidupku bagaikan syurga Aku garapkan beribu kenangan indah Tiap saat aku tadahkan kebahagiaan Aku larut dalam leka cinta
Tetapi Kenapa bibirku acap memenyebut tinggalkan cinta? Adakah cinta yang aku rangkul selama ini hanya bayang-bayang? Cinta, Jangan tinggalkan aku bersama air mata Walaupun aku tahu Air mata itu fitrah bagi ku Tetapi tidak bermakna air mata adalah temanku Selamanya… Cinta aku rindu waktu dulu Tidak ada guru yang mengajarku rindu; Tidak juga pernah aku duduk dibangku untuk mempelajari rindu Tetapi aku belajar darimu erti rindu
Kenapa kau datang cinta? Aku tidak pernah pinta kehadiranmu Jika aku tahu engkau akan pulang… Pulang yang tidak pernah hadir lagi
Cinta, Aku mengharapkan kebahagiaan yang kau bawa Kekal dalam pelukanku Tapi anggapanku salah Aku salah… Hakikatnya kau menipu cinta Kau datang dengan kebahagiaan palsu Namun aku tadah dengan pasrah Kau tidak pernah membawaku bersama mimpimu Tetapi kau lemparkan aku di awangan tanpa noktah Hari ini, benarlah mutiara suci temanku Benarlah ini permainan cinta manusia.
Namun Aku percaya abstrak cinta yang Esa Kerana cintaNya segala-gala bagi ku Hanya diriMu selamanya dihatiku…
Nukilan: effazain Kolej kelima, upm serdang.
ERTI PENGORBANAN DALAM HIDUP
Dalam perjalanan sebuah pengorbanan Sungguh tidak dapat aku bayangkan jeritan hatiku Meronta pabila aku melalui duri yang sungguh tajam Jerihnya tika itu menanggung pedih luka itu Tiada siapa yang tahu…
Sedang aku asyik dengan lamunan mimpi ngeri Aku terpana dengan keasyikan yang aku tatap Saat itu bibirku mula menebarkan senyuman pengubat hati dihadapanku Kebahagiaan pengganti azab Aku taajub dengan kebahagiaan itu Dan aku lupa, aku leka
Tika itu, Aku akur dengan semua telunjuk kebahagian Yang telah lama ku tunggu sehingga Aku rebah tersungkur dibumi nyata Masih aku tidak sedar Aku dalam angan-angan palsu
Hakikatnya Aku tewas dengan ujian yang Esa Satu persatu mutiara penyesalan menyembah bumi Hati kecilku meronta Aku ingin pulang ke pangkal jalan… Tetapi bagaimana? Perlahan-lahan Aku cuba memandang ke belakang Saat itu Sekali lagi aku rebah di lapangan indah bumiMU Aku teresak mengenang kakhilafan semalam Dalam muhasabah yang panjang Aku tekad dengan hati.
Nukilan oleh : effazain, 02 april 2009, kolej kelima upm serdang Aku, Engkau dan DIA
Saat aku tersedar dari lena itu, Aku bingkas dengan amat payah, Aku tahu ini semua angkara engkau yang memujukku, Engkau yang selalu berada disisiku, Engkau yang selalu menghampakan harapanku untuk bertemu DIA, Namun, Aku selalu mengharap pertemuan dengan DIA setiap malam-malam ku,
Setiap malam DIA lirih menantiku, Tapi aku leka dengan nikmat yang sementara, Namun, DIA tetap setia menunggu ku di saat daun-daun mula sujud, aku ghairah menadah nikmat pemberian DIA, yang tidak berkesudahan yang membuat aku menyesal di hari pembalasan
DIA membiarkan aku dengan duniaku Aku mula terkurung dalam kantung dosa Aku mencuba sesuatu yang membuatkan aku adalah insan hina
Aku merenung kembali kamar sepiku Dimana destinasiku selepas perjalanan ini? Moga aku menjadi insan terpilih selepas taubatku.. Moga aku mengerti perjalanan seorang insan bukan mainan untuk aku persiakan…
p/s: semua puisi ini adalah ciptaan sendiri dan tidak meniru mana-mana puisi yang telah ada. puisi ini juga adalah puisi yang pertama yang aku hantar kepada sasterawan negara Lim Swee Tin=)
16/07/2009, jam 15.30 pm berakhirlah perjuanganku di Universiti Darul Iman Malaysia... aku dicanang dan dididik dengan baik agar aku menjadi seorang pejuang bahasa. Alhamdulillah, setelah 3 tahun aku bertungkus lumus untuk mendapatkan ilmu itu, saat ini aku berjaya meraih kejayaan... segala halangan dan ujian ku tempuh dengan sabar dan redha... tapi sayangnya hari ini ibuku tidak dapat bersama-sama aku kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, namun aku tidak simpan semua ini dalam hati, aku tahu ibuku faham perasaanku dan memberitahuku dengan hati-hati dalam kata-katanya... saat aku lihat ibu sahabat-sahabatku di bangku, setitis air mataku gugur, aku tidak jemput sebutir air mata itu, tapi ia datang dengan tidak sengaja... walau bagaimanapun, segalanya berjalan dengan lancar, aku gembira bersama sahabat-sahabatku walau tanpa ibu dan keluargaku... insyaallah aku akan menunggu saat meraih kejayaan untuk ijazah sarjana muda pada tahun 2011 nanti...