Wednesday, April 27, 2011

ustazah, saya tak minat bahasa arab....

Pada tahun 2007…

Da lama dah la, kira2 dalam 4 tahun yang lepas… waktu tu aku di semester 4 nak naik sem 5, masa ni diploma kat UNISZA terengganu. Memandangkan aku ambik kos bahasa arab dengan pendidikan, jadi aku kena la pergi praktikal.

Cikgu muda, 19 tahun heeeee…

Aku kena mengajar di sek. men. Keb. Agama durian guling, Terengganu. Aku kena mengajar tingkatan 2C, 2D, 1A. sume tiga2 kelas ni kelas budak2 pandai la, sebab sekolah ni satu tingkatan tu dalam 9 kelas ada. Alhamdulillah, diorang tak pernah buat aku pening, sume diorang baik2. Boleh tahan besar la sekolah ni. Aku kena mengajar subjek bahasa arab komunikasi, pendidikan islam dan modal insan. Sangat mencabar bagi aku sebab kali pertama nak berhadapan dengan masyarakat yang orang labelkan “cikgu”. Yes!!! Aku lah ustazah!!!

Mula dari saat ni, aku kena berubah, jadi mature walaupun hakikatnya aku tak mature. Aku sebenarnya sama umur dengan student aku yang tingkatan 6 atas waktu ni. Sepatutnya, jika dia lalu lalang depan aku, dia la yang patut malu dengan aku, ye la aku kan ustazah… ceeeeewahhh… tapi kali ni terbalik daaa, aku yang malu tak tau nak kata, bayangkan pelajar sama umur dengan ustazah, sangat2 mencabar.

Nak di ceritakan di sini, aku ada bermacam ragam pelajar, ada yang banyak cakap, ada yang suka nama dia di sebut dalam kelas, ada yang selalu muncung waktu aku mengajar, ada yang suruh aku ajar melukis la, macam2 ada. Ada seorang pelajar aku ni, namanya nabila. Dia suka waktu aku mengajar pendidikan islam, tapi dia orang paling menyampah waktu aku mengajar bahasa arab… nak tau kenapa??? Tunggu…

Nabila: ustazah, yang ni maksud apa?

Aku: owh yang ni… kan ustzah da kata, kalau tak tahu, perkara pertama yang kamu kena buat apa???

Ramai2: bukak kamusssss!!!!

Aku: na’am… ahsantum. Nabila, enti bukak kamus dulu, lepas tu baru tanya ustazah, boleh?

Nabila: (angguk2 kemalasan)

Selepas tamat kelas…

Nabila: ustazah, ustazah… tunggu kejap…

Aku: ye nabila, ade apa?

Nabila: ustazah, saya tak minat bahasa arab laaaa… susah la ustazah bahasa arab ni, susah dari bahasa inggeris tau, ye la ape tak susahnya, perkataan sama, tapi baris lain, dah jadi maksud lain,,, tolong la saya ustazah, ajar la saya cara yang paling mudah nak pandai bahasa arab, saya nak lulus je dalam exam, sebab sebelum ni saya tak pernah lulus pun…

Aku: (senyum mendengar celoteh anak muridku yang comel dan berlesung pipit) erm macam ni la

nabila, nanti masa terluang, enti pergi rumah ustazah ya. Nanti ustazah tolong enti...

nabila: terima kasih ustazah… hehe

lepas tu dia selalu la datang rumah aku, kadang2 tu dia tidur je rumah aku, aku tak kisah lah. Tapi nabila memang manja dengan aku. Mungkin dia anggap aku kakak dia la kot, tak kisah lah…

musim peperiksaan tiba…

aku: nabila, enti dapat gred apa subjek bahasa arab?

Nabila: saya dapat B ustazah, syukur Alhamdulillah, ni sume jasa ustazah yang selalu tolong saya.

Aku: bukan ustazah, tapi Allah yang bagi, Cuma ustazah ni sebagai sandaran je…

Nabila: (senyum)

Selepas aku habis praktikal ade la jugak aku berhubung dengan dia melalui handset… lepas tu lama jugak la tak berhubung dengan dia, masing2 sibuk.

__________________________________________________

2 tahun kemudian, 2009…

Waktu ni aku dah tak lagi belajar di Terengganu, aku di UPM.

Tiba2 telefon aku mengalunkan lagu yang dah aku setkan... tertera di skrin nombor yang asing bagi aku.

Aku: hello, assalamualaikum…

Nabila: waalikumussalam… ustazah kenal lagi tak suara saya??? (lembut suaranya)

Aku: maaf, ustazah tak ingat ni, ramai sangat la, macam sama je suara (padahal memang aku hampeh bab mengingat suara orang)

Nabila: ni nabila ustazah… (sambil gelak2) ustazah ape khabar?

Aku: masyaAllah, nabila ke… maaf la ustazah terlupa dah suara sape tadi, Alhamdulillah, ustazah sihat, enti sihat nabila?

Nabila: sihat ustazah…

Aku: nabila, macam mana belajar? Ok tak ustazah yang mengajar bahasa arab sekarang?

Nabila: ok je belajar, erm lepas ustazah keluar tu, ustaz yang ganti, tapi tak best macam ustazah menagajar… saya dah pindah sekolah usatazah…

Aku: owhhh,,, (dalam hati aku kata, tak kan sampai tak suka ustaz pun boleh tukar sekolah, dah la budak ni tak suka bahasa arab, hati aku memang ade sedikit bimbang)… enti tukar sekolah??? Kenapa nabila? Enti tak suka bahasa arab ke enti tukar sekolah?

Nabila: bukan ustazah, saya sekarang masuk sekolah tahfiz, saya nak jadi macam ustazah, saya nak pandai al-quran, bahasa arab n sume ilmu2 agama. Nanti saya nak sambung belajar kat mesir.

Air mata aku menitis tanpa dipinta, aku memang tak menyangka, seorang pelajar yang tidak minat bahasa arab berfikir sampai ke situ, dan aku paling terharu, dia nak jadi macam aku… mungkin pada dia aku baik (pada hakikatnya aku memang tak baik pon hahaha).

Aku: betul ke nabila, apa yang ustazah dengar ni???

Nabila: betul la ustazah, tak kan saya nak tipu ustazah pulak…

Aku: ustazah doakan semoga enti berjaya untuk menjadi hafizah, dan berjaya dalam hidup dunia dan akhirat…

Selepas tu, nabila tak ada berhubung lagi dengan aku, lagi pun aku tak de no telefon dia.

_______________________________________________________

23 april 2011, 4.55pm…

Tiba2 telefon aku menjerit menandakan sms masuk. Aku ingat kawan aku si yuk lian tu, besenya waktu ni dia akan mesej aku untuk pinjam laptop. Rupa2nya orang yang aku tak sangka2…

Nabila: “salam,ustazah.. mtk maaf, lama dh x bertnya kbr. Cht? Ana skang bru pkai hset.he2… lot of luv I am nabila”

Aku: “wsalam nabila… ana bikhair walhamdulillah,, kaifal hal ya habibati? Aina tadrusinal a’an?”

Kami berbalas beberapa mesej, sehinggalah ke mesej ni…

Aku: “xpe klbhn org hafaz quran ni Allah bg rzki istimewa utk dia.. bgus la enti ambk stam,ustzh doakn, enti mumtazah fil imtihan… belajar b’sgh2 ye, Allah x nilai kptusan exam kita, tp Allah nilai usaha kita b’juang dmi dpt sdikit ilmuNya… hebatkn Allah, xpernah pilih kasih…”

Nabila: “jauh lg kembara ana… btul, Allah maha adil.. dia juga hntrkn ana seorg insn yg baikutk d contohi n memberi nsiht ttkala dlm ksushn. Terima kasih ustzh… uhibbuki lillah..”

Tatkala mesej ni yg aku baca, aku amat2 terharu, rupa2nya ada pelajarku yg jadikn aku sbg conth yg ingin dia ikuti… hebatnya Allah swt…

p/s: jika anda seorang guru, jd lah guru yg menjdi contoh yg baik utk pelajar2 anda wpun anda seorng yg gila2… jika anda mnunjukkan contoh yg tidak baik dan murid anda mnirunya, anda yg akan berdosa selama2nya…

3 comments:

  1. subhanallah, inspiring!!

    bak kata orang, guru yang terbaik adalah guru yang mampu buat anak didik nya mahu belajar. ;)

    ReplyDelete
  2. boleh lah ajar saya arab juga. dah lama tinggalkan. :(

    ReplyDelete
  3. hajar B: sush utk jd cikgu yg baik,,, kdg2 silap tu ade saje... tp sntsa blajrlh dr ksilpn...

    pendhenta: insyaAllah,,, ajr tu blh je... tp sy ni xde la pndai sgt, bnyak lg yg nk kna improve hehhehe

    ReplyDelete

2013 sehingga 2019

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...