Sunday, January 23, 2011

my pets...






yang ni kucing mesir dan parsi heheheh.

Binantang yang paling aku suka ialah kucing. Aku tak tau lah jampi serapah apa yang dah kucing bagi kat aku sampai aku suka sangat2 dengan kucing. Hari ni aku nak bercerita pasal kucing. Idea nak cerita pasal kucing ni datang masa aku siap solat subuh pagi tadi, masa khusyuk tengah berdoa, tetiba seekor kucing hitam lalu depan aku, hati ku berkata, “alamak kucing”… kucing punya pasal, sampai berdoa pun kurang khusyuk (bukan tak khusyuk langsung), lepas tu sambung balik berdoa hehehe…

Aku nak cerita pasal kucing bukan sebab nak buat blog khas untuk kucing tapi saja-saja nak kongsi pasal kucing, binatang yang paling comel dan cerdik. Kalau kucing kat kolej aku ni pelik sikit, asal tengok orang je lari, asal lari je tengok orang, betul la, sambil2 lari tu sambil pandang orang. Haish aku pun tak faham kenapa dia lari. Mungkin dia ingat orang2an yang ada kat kolej aku ni nak pukul dia kot, mungkin ada la kot yang tak suka kucing, pantang tengok kucing tangan dia nak naik aje… ish tak patut… tak patut. Kasihanilah binatang-binatang di sekeliling anda. Dia pun makhluk Allah, punya perasaan. Cuma beza antara kucing dan manusia akal je. fizikal tu memang sah2 lah lain kan. Jadi, sayangilah kucing. Kalau anda menyayangi binatang di sekeliling anda (x termasuk nyamuk) dan anda sentiasa je menolong dia bagi makan ke minum ke, ape2 je berkaitan pertolongan, ganjarannya anda akan terima di akhirat nanti.

Fakta tentang kucing, boleh dikatakan ala2 sejarah gtu la… kucing yang kita bela kat rumah ni orang panggil ‘kucing bela jinak’. Kucing bela jinak ini merupakan mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika pula dinamakan Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba (aku x lahir lagi masa ni), di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia (bukan aku sorang je bela heheh). Kucing juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina. (sumber: Wikipedia).

Kita merenung sejenak tentang kucing dan islam. Nabi Muhammad saw memberi gelaran Abu Hurairah kepada Abd Rahman ibn Sakhr al-Azdi kerana beliau sangat menyukai binatang yang bernama kucing dan sangat menyayanginya. MasyaAllah sungguh hebat.

Mari bersama-sama kita renungi hadis ini,, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah dan baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Tanpa berfikir panjang, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Dengan kejadian itu, Nabi menunggu sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu baginda berwudhuk. Anas bertanya tentang apa yang Nabi lakukan, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.” (sumber Wikipedia).

Untuk pengetahuan semua, kucing ni bukan aku sorang je yang suka, bahkan Rasulullah pun sangat menyayangi kucing. Menurut Aisyah RA pernah melihat Rasulullah mengambil wudhuk dengan air lebihan jilatan kucing, maksudnya disini, kucing bukanlah binatang yang kotor bahkan jauh sekali najis. Ia bukanlah tergolong dalam kalangan spesis najis macam anjing, anjing memang najis walaupun ia juga merupakan binatang belaan (bg non-muslim lah).

Aku pernah tengok kucing yang da kna langgar,,, sedih sangat. Aku memang menagis (tapi tak lah selalu) kalau tengok kucing kena langgar, mungkin orang yang langgar tu tak sengaja la kot. Tapi ad eke saje2 langgar??? Ade la kot jenis spesis manusia 3 suku hehe jahat mengata orang. Masa last aku tengok kucing kena langgar masa aku cuti semester, maybe bulan 12/2010 la kot. Waktu tu malam, mungkin orang yang langgar tu tak nampak kot (ye la sibuk nak pegi shopping, alamak mengata lagi). Aku yang tengok ni tak sampai hati, aku pun tak tau ape nak buat coz masa tu aku atas kete, jadi tak boleh wat ape2, Cuma macam biasa, aku menagis je lah (ni bukan nangis manja, nangis tak sampai hati tengok n teringat sekali kat kucing menggelepar sakit). Ahhhhh kesiannyaaa… xpe lah, dia mati pun, dia tak de dosa, bukan macam manusia. Betul la kan! Hehe

Ha lupa nak bagitau aku pun ade jgk kucing, nama dia KITTY… warna dia putih ala2 kelabu macam abu lebih kurang, makanan kegemaran dia nasi dengan ikan singgan, kalau malas aku nak bagi nasi aku bagi dia makan friskies perisa tuna (perisa lain xsuka)… dia tak makan keropok, tapi roti gardenia dan jem dia belasah, aku pun hairan. Satu lagi faveret dia, biskut cream-O,, tu memang dia suka. Orang makan dia mula lah sibuk nak makan jugak. Kitty ni suka sangat gigit orang, kalau orang tak nak main ngan dia, dia pun mencari tempat untuk tidur, tempat dia tidur sudah semestinya bilikku. Dia memang selalu landing situ (ala2 dk pantai gtu). Dia pulak suka sangat kejar orang (kadang2 je, time mood kejar orang).he2…

Ok… habis dah…

2 comments:

  1. Dulu kat umah kitorg ada kucing jantan yg adik bongsu letak nama Nora..nama pompuanlah pulak. Nora ni mmg melucukan, klu mlm tido msti nk tido berhimpit dgn org...dia x ada prgai lgsg...tp 1 ms tu kakak pnjm nora skjp wat balik umah dia sbb ada tikus kt umah dia, stat drp tu nora mula buat prangai, suka berak n kencing merata-rata..skrg nora dh tgl kngn....

    ReplyDelete
  2. owhhh skang dia da mati la ye... xpe lah,,,,ksian nora,,, mst nora comelkan... heheheh

    ReplyDelete

2013 sehingga 2019

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...