yang bisa binasa dirimu
sabarlah...
itu yang aku harapkan
untukmu...
dia
yang tinggalkan aku
yang menyakitiku
yang tak pernah merasai ape yang aku rasai
kini dia,
bahagia
lupa dengan sekelip mata
siapa aku
dengan kehidupannya
yang tidak tahu di mana penghujungnya
dia
yang dulunya tercari-cari prinsip diri sendiri
tidak segan lagi
melakonkan watak kolot
dengan murah maruah
di pentas pandanganku…
pergilah
tiada siapa yang menyekat lakonan itu
teruskan
sehingga dirimu
merasakan
itu salah
itu khilaf
itu permulaan yang tidak baik
itu kerja bodoh
itu tidak patut
itu lah sebenarnya dirimu…
aku
akan serahkan diriku dan seluruh hidupku
untukMU Allah
yang selalu membuka
pintu cinta
pintu rindu
pintu kasih
pintu taubat
pintu rahmat
untuk seluruh hambaMU yang terleka seketika
terima kasih tuhan
kerana kasihkan hambaMU
yang terleka seketika
yang lalai padaMU hanya secebis waktu…
kembalikan aku ke dalam cinta abadiMU…

Wahai kawan sekalian sedarkah anda,
Maksiat yang berleluasa di sana-sini,
Batas pergaulan pula tidak dijaga,
Pegangan agama entah ke mana?
Begitulah ibaratnya mereka yang bergelar Islam hanya pada namanya yang indah tertulis ‘Binti’ dan ‘Bin’ namun perangainya tidak seindah itu. Inilah hakikatnya yang pahit. Sekiranya kita pergi ke mana-mana pusat membeli-belah, sudah tentu kita akan melihat si pembuat dosa ini bermaharajalela.
Ada yang tudungnya terbang,
Ada yang berpegang-pegangan,
Ada yang dirinya ditayang-tayang,
Sedihnya apabila agama tidak dipegang.
Kaum hawa terutamanya, sudah kian hilang rasa malunya. Tegar mendedahkan aurat di sana-sini. Seolah-olah perkara tersebut adalah perkara yang diredhai Allah. Apabila ditanyakan kepada mereka, "Bilakah akan terbuka hatimu untuk bertudung?". Pasti kebanyakan mereka akan menjawab seperti ini:
Itulah kebanyakan jawapan dan alasan yang kita dengar daripada anak-anak gadis kita sekarang. Mari kita kaji pula tafsiran Surah An-Nur ayat ke-31.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kaum hawa diwajibkan oleh Allah SWT untuk menutup aurat mereka. Tetapi mereka yang tidak tahu malu kepada Allah masih berani mengatakan bahawa mereka belum ’insaf’ untuk menutup aurat mereka.
Wahai kaum hawa yang sudah hilang dari jalan yang benar, insaflah sementara pintu taubat Allah masih terbuka. Andai ajalmu tiba pada hari esok, semuanya sudah terlambat. Ingatlah!
Menutup aurat itu bukanlah kehendak sama ada kita mahu atau tidak, tetapi ia merupakan kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Di antara punca utama mengapa kes-kes rogol kian berleluasa adalah kerana kaum wanita yang suka menayangkan tubuh mereka yang kononnya seksi, hot, dan pelbagai lagi istilah untuk menggambarkan betapa hebatnya badan mereka itu. Malah, ramai menyalahkan kaum lelaki kerana terlalu miang.
Persepsi ini salah! Lelaki, kalau tidak ada apa-apa yang menaikkan syahwatnya, nescaya lelaki tidak akan bertindak sedemikian. Wanita kini yang sibuk berdandan terleka dan sibuk mengejar kecantikan duniawi sedangkan mereka lupa bahawa kecantikan yang paling diredhai Allah ialah kecantikan menutup aurat.
Buat kaum adam pula, bukankah Allah telah berfirman di dalam Surah An-Nur, ayat ke-30 yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.Jelas bahawa lelaki juga harus memelihara pandangan mereka dari perkara-perkara yang boleh mengundang maksiat. Namun,mereka lupa, atau pura-pura lupa. Yang lebih memalukan adalah ada yang tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
Berpakaian terkoyak sini sana,
Berseluar sendat nampak susuk badannya,
Lelaki pula naik syahwatnya,
Hingga maksiat kian berleluasa.
Beginilah yang terjadi apabila kaum wanita ingkar perintah Allah SWT. Dosanya bukan sahaja kerana dia tidak menutup aurat, tetapi dosanya berlipat ganda apabila dipandang oleh lelaki sehingga timbul syahwatnya. Lelaki pula, dosanya bukan sahaja kerana melihat aurat si wanita, namun dosanya pasti berlipat ganda sekiranya lelaki itu berjaya memujuk sehingga hilanglah ’mahkota’ wanita tersebut.
Kemudian,berdosa pula mereka yang membuang bayi luar nikah. Semuanya bermula kerana ingkar menutup aurat dan ingkar menjaga pandangan.
Bukan sahaja soal aurat menjadi persoalan zaman ini,malah soal batas pergaulan menjadi isu yang panas.
“Hai sayang...I rindu dengan you, nanti kita dating kat tempat biasa ye.”
Manusia yang kemaruk cinta sebegini amatlah mudah untuk digoda syaitan untuk melakukan maksiat. Memang tidak hairan kerana di dalam masyarakat kita kini, budaya couple dianggap sebagai perkara biasa. Betapa salahnya mereka. Allah telah memerintahkan kaum lelaki dan wanita agar menjaga pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka.
Allah tidak pernah menyuruh kita untuk bercouple, berpegang-pegangan dan bermesra-mesraan. Betapa manusia kini berpura-pura lupa. Sehinggakan ada yang sanggup berkorban segala-galanya demi si dia yang dicintai.
Untuk apa wahai kawan, sekiranya hubunganmu itu bukanlah hubungan pernikahan yang sah?
Untuk apa wahai kawan, sekiranya hubunganmu itu dilandaskan oleh nafsu dan kehendak hati yang dibisik oleh syaitan?
Sekiranya mengadakan hubungan terlarang sebelum perkahwinan itu baik kononnya, fikirkanlah mengapa Allah menyuruh kita agar menjaga kehormatan dan pandangan kita?
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita. Cintailah Allah terlebih dahulu, nescaya kamu tidak akan hilang arah. Apabila si wanita dan lelaki berdua-duaan, mereka lupa bahawa pihak ketiga adalah syaitan. Orang yang bercinta begitu khusyuk menuturkan kata-kata cinta, sehinggakan mereka tertinggal solat dan meninggalkan pegangan agama mereka, semuanya kerana mereka tunduk kepada nafsu dan bisikan syaitan.
Malulah kepada Allah SWT,
Contohilah Rasulullah SAW,
Jauhilah maksiat.
Jagalah pandanganmu,
Peliharalah auratmu,
Wahai anak-anak Adam,
Janganlah berpura-pura lupa,
Kerana mungkin sahaja ajalmu esok.
copyright : iluvislam...

Tiba2 cik nda menunjukkan kaki dia yang suatu masa dulu terkena besi dek main bola, bola ape yang dia main aku tak pasti, aku rasa bola sepak kot…
Cik nda : cuba korang tengok kaki aku berparut kena besi masa main bola… sampai skang aku x leh lupa.
Aku : owh mesti teruk ni kna besi tu kan…
Cik kitty : em em… siap berparut lagi (wah… buat2 ambik ati dia)
Cik zack : erm ni mesti lekat dalam tu kan besi tu… (sambil gelak2, wat lawak plak cik zack ni.)
Aku : macam mana besi tu boleh masuk dalam kaki tu msa main bola??? (serius muka aku masa ni) besi yang ada kat dalam bola tu ke? (terfikir sejenak,,, kenapa bodoh sangat aku Tanya soalan ni? Dalam bola mana ada besi? Aku pulak pening)
Tanpa diminta untuk jd joker….
Cik zack n cik kitty : hahahahahaahahahahahahahaha (tergolek diorang gelak aku)
Aku: (dalam hati aku kata) “panas hati betul, gelak kat aku ye minah 2 orang ni,,, aku serius ni, diorang main2 plk, kot2 la bola sepak zaman skang ade besi dalam tu, tapi macam mana nak sepak kalau berat… ya x ya jgk erk”
Cik kitty : woi bola mana ade besi la, dia sakit masa tu n pegi hospital doctor la yang masukkan besi kat dia… ape la ko ni, agak2 r… (dengan over confident nya dia… cik zack plak mengiakan ape yang cik kitty kata)
Cik nda : bukan la weiiiiiii… sume salah,,, mna ada aku pegi hospital…
Aku : hahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahah (aku gelak diorang habis-habisan)
Cik nda : macam ni, masa aku main aku ter sepak besi payung la,,, ade ke kata aku pegi hospital la, kna besi dalam bola la… buat lawak x habis2…
TAMAT
Sebenarnya xde ape yg nak aku cite,,, jd aku cite la psal ktorang time borak2 n buat lawak… kalau sape2 xska bca n kejenye nak mengutuk,,, awal2 lg tutup ea… pesanan penaja.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... kali ni rasa nk cerita diri sendiri, dari pertama kali kenal dengan jantung hati saya. ...