dia
yang tinggalkan aku
yang menyakitiku
yang tak pernah merasai ape yang aku rasai
kini dia,
bahagia
lupa dengan sekelip mata
siapa aku
dengan kehidupannya
yang tidak tahu di mana penghujungnya
dia
yang dulunya tercari-cari prinsip diri sendiri
tidak segan lagi
melakonkan watak kolot
dengan murah maruah
di pentas pandanganku…
pergilah
tiada siapa yang menyekat lakonan itu
teruskan
sehingga dirimu
merasakan
itu salah
itu khilaf
itu permulaan yang tidak baik
itu kerja bodoh
itu tidak patut
itu lah sebenarnya dirimu…
aku
akan serahkan diriku dan seluruh hidupku
untukMU Allah
yang selalu membuka
pintu cinta
pintu rindu
pintu kasih
pintu taubat
pintu rahmat
untuk seluruh hambaMU yang terleka seketika
terima kasih tuhan
kerana kasihkan hambaMU
yang terleka seketika
yang lalai padaMU hanya secebis waktu…
kembalikan aku ke dalam cinta abadiMU…
No comments:
Post a Comment